6 KAMPUNG DI MALAYSIA BERTANDING UNTUK MERAIH ANUGERAH ILHAM DESA YANG MEMBAWA PULANG WANG TUNAI KESEMUANYA BERJUMLAH RM72,000.

ANUGERAH ILHAM DESA 2020 merupakan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui Institut Kemajuan Desa (INFRA).

Acara kemuncak penganugerahan AID 2020 terpaksa ditunda ke tahun 2021 kerana pandemik Covid 19 yang melanda Malaysia dan dibawa kepada tarikh 22 disember 2021.

Pada AID 2020 ini bakal menyaksikan 6 buah kampung bakal bertanding untuk merebut hadiah lumayan. Lebih menarik lagi, kampung yang pernah menjadi juara sebelum ini iaitu pada tahun 2000 – 2015 juga menyertai anugerah ini.

Di antara kampung yang menjadi finalis bagi AID 2020 adalah terdiri daripada dua kampung di Semenanjung Malaysia/Malaysia Barat iaitu Kampung Kilim di Langkawi, Kedah yang menjadi juara pada tahun 2009 dan Kampung Peruas di Raub, Pahang yang menjadi juara pada tahun 2013.

4 kampung lagi adalah Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah yang menjadi juara pada tahun 2003, Kampung Sinisian, Kundasang, Sabah yang menjadi juara pada tahun 2007, Kampung Long Bedian, Marudi, Sarawak yang menjadi juara pada tahun 2001 dan finalis terakhir adalah dari Kampung Lubuk Temiang, Labuan yang menjadi juara pada tahun 2011.

“Komuniti Kreatif, Desa Inovatif” adalah tema AID 2020 di mana setiap kampung akan mengetengahkan projek – projek yang diilhamkan oleh penduduk kampung dengan menggunakan daya kreativiti dan inovasi mereka.

Projek-projek akan dinilai menerusi kriteria penyediaan rekod pengurusan projek yang sistematik dan kemampanan projek dalam menghadapi pelbagai cabaran masa hadapan.

Panel penilai adalah terdiri daripada Pegawai-pegawai KPLB, KEMAS, dan Agensi KPLB. Projek yang dinilai paling menonjolkan daya kreativiti dan inovasi dalam projek dan yang paling membawa impak kepada keseluruhan kampung tersebut dari segi ekonomi dan sosial penduduknya akan merangkul kejuaraan kali ini.

Hadiah – hadiah yang menanti bagi finalis AID 2020 adalah seperti berikut; 

TEMPAT PERTAMA  – Wang tunai RM30,000 berserta sijil dan piala iringan

TEMPAT KEDUA – Wang tunai RM20,000 berserta sijil dan piala iringan

TEMPAT KETIGA – Wang tunai RM10,000 berserta sijil dan piala iringan

TEMPAT KE 4 SEHINGGA 6 – Wang tunai RM4000 berserta sijil dan piala iringan

 

AID ini diwujudkan adalah untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan KPLB kepada warga desa yang mempunyai daya usaha untuk membangunkan ekonomi dan sosial setempat melalui projek yang kreatif dan berinovasi serta berimpak tinggi.

Program AID 2020 juga diserikan lagi penampilan penceramah yang pakar dalam bidang inovasi yang dibawakan khas dari Zull Design Autotronic iaitu En. Muhammad Asif bin Zulkifli selaku projek eksekutif Zull design Autotronic. Beliau akan menyampaikan ceramah berkenaan daya kreativiti dalam perniagaan yang mampu melahirkan usahawan jutawan.

Malah AID juga dilihat sebagai satu wadah pemangkin kepada usaha warga desa meningkatkan aktitiviti ekonomi dan sekaligus menjana pendapatan warga setempat melalui projek-projek ekonomi yang dibimbing tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here