Tahun lepas, seorang gadis Ukraine pernah dikaitkan dengan pelakon Zul Ariffin. Dulu, merek aberdua dilihat berada di tempat yang sama di waktu yang sama.
Nama wanita dari Ukraine itu ialah Tanya Glembotska. Memang cantik jelita orangnya.
Yang terkini, beberapa keping gambar menunjukkan Zuk Ariffin dan wanita berkenaan bercuti bersama di negara jiran. Pelakon in juga berkongsi beberapa fotonya tak berbaju ketika bermandi di sebuah kolam renang.
Menerusi perkongsian di Instagram makcik_puaka, gadis Ukraine tersebut dipercayai turut bercuti bersama Zul Ariffin setelah terlihat beberapa foto di IG Story pemilik akaun hlembotska_22.
Gambar mesra antara mereka berdua ini telah dimuat naik dalam IG Story gadis Ukraine tersebut. Menjadi persoalan adalah kapsyen yang ditulis gadis ini, “Today we have a small holiday and I want to say thanks to my husband. I am very happy with you”
Perkataan ‘husband‘ iaitu suami di caption itu menjadi persoalan di kalangan para netizen dan makcik bawang Malaysia yang tertanya-tanya adakah pelakon berbadan sasa ini telah berkahwin dengan gadis Ukraine berkenaan atau pun sekadar gelaran romantis buat pasangan bercinta?
Beberapa foto yang dimuatnaik gadis Ukraine dan Zul Ariffin itu dibuat perbandingan termasuk gambar kolam renang yang turut dimuatnaik Zul Ariffin. Topi yang dipakai pelakon itu ketika makan malam bersama gadis tersebut.
Ini foto mereka berdua ketika berada di negara jiran Thailand.
GAMBAR BERSAMA
BAJU DAN TEMPAT SAMA
Dua gambar ini menunjukkan perbandingan antara tempat dan pakaian yang dikenakan oleh Zul Ariffin dan juga gadis berkenaan.
Ternyata ianya adalah sama.
Ternyata mereka ditempat yang sama dan diwaktu yang sama juga.
Kita tunggu penjelasan dari tuan punya badan nanti.