Kena Hukum, Zarina Zainudin Jadikan Rumah Tempat Jual Kosmetik Tak Daftar

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Zarina Zainuddin yang sering sahaja berlakon drama yang didakwa dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM17,500 oleh pihak Mahkamah Majistret Petaling Jaya harini.

Pelakon drama ini telah dituduh ke atas enam pertuduhan berkenaan menjual produk kosmetik yang tak daftar dan tidak mendapat kelulusan daripada KKM. Dilapokan juga sebelum ini dia juga turut didenda dengan isu yang sama pada 10 tahun yang lalu.

Semasa berada di mahkamah, kelihatan wajah Zarina menitis air mata serta meminta pihak mahkamah menjatuhkan hukuman ringan.

Komen Zarina Zainudin: “Saya sudah menutup syarikat itu dan hanya buat di rumah. Saya kini membuat perniagaan lain,”

Semasa dibacakan laporan kes serta ditunjukkan produk kosmetik yang dirampas, pelakon ini hanya menganggukkan kepala serta mengesahkan produk kosmetiknya itu.

Dia yang didakwa kerana menjual satu set kosmetik Addura Black Soap, satu bekas Addura Day Cream (tujuh gram), serta satu bekas Addura Night Cream (tujuh mililiter).

Dalam pada itu, suasana agak tegang bila pelakon ini berkata dia tak suka apabila ada wartawan ambil gambarnya malah Zarina menepis telefon bimbit milik wartawan yang cuba merakamkan gambarnya.

Dia juga menutup wajahnya dengan kertas sebelum beredar dibawa oleh polis mahkamah bagi membayar denda itu.

Bahaya sebenarnya menjual malah memakai produk yang tidak diiktiraf oleh KKM. Jenis kosmetik ini juga sering di label sebagai “krim timbang kilo” dimana tiada bahan sah serta kandungan yang selamat dalam sesuatu produk.

Jika anda semua sayangkan kulit sila lah cek dahulu sebelum membeli apa jua jenis produk yang berlambak di pasaran.

Pastikan setiap produk mempunyai kandungan bahan-bahan yang sesuai dan tidak memudaratkan pada kulit muka kita khususnya.

Amatlah tidak wajar bagi founder dan pengusaha kosmetik yang lain yang mahu untung dengan cepat dengan menjual barangan kosmetik yang tidak tahu punca kandunganya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here