“Zaman sekarang ramai ustaz ustazah jadian..” – Fasha Sandha

Semalam Fasha Sandha telah berkongsi satu gambar lama dan terkininya di laman media sosial Instagram, dalam menyahut cabaran #10yearschallenge yang kini sedag trending di IG.

Fasha Sandha berkesempatan telah memberi pandangannya mengenai situasinya ketika di awal penglibatan dunia seni dan sekarang.

Dalam pada itu, Fasha Sandha turut menyatakan bahawa pada zaman kini, ramai ‘ustaz dan ustazah’ yang sibuk mengata hal orang lain, tetapi diri sendiri tidaklah sempurna.

Ini komennya:

“Gambar kiri- zaman remaja,masa zaman Natasha, sebelum wujudnya zaman media sosial (tahun 2003), bukan zaman bawangnizers, kecam dan sebagainya… tu gambar photoshoot untuk cover Berita Harian. Kenangan.

“Gambar kanan, zaman sekarang, gambar zaman keyboard warriors. Zaman Natasha dulu best orang tak kisah dan tak suka membawang sangat, sbb orang lebih tengok bakat,”

“Zaman sekarang ramai ustaz ustazah jadian yang sibuk mengata hal orang tapi diri sendiri pun tak sempurna…, dan ramai juga anggap artis ni milik masyarakat.

“Sorry ya, pada pendapat i, artis bukan milik masyarakat, itu hanyalah ‘kerjaya’ ja. Jadi i tak kisah orang nak kata apa… yang penting hati… #hatikenabersih,”

Ini fotonya:

Ternyata, perkongsian Fasha Sandha telah menerima reaksi pelbagai daripada para netizen dan ada sesetengahnya Fasha sendiri ada membalas beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Biasalah ada yang mengkritik dan asa yang setuju dengan kenyataannya itu.

Foto: Instagram Fasha Sandha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here