Zaibo Luah Rasa Down, “Kenapa Kena Kanser Tahap 4?”.. Ini Luahan Zaibo

Pelakon Zaibo akui berasa down dan terkejut setelah diberitahu para doktor bahawa dirinya mengalami penyakit kancer esofagus tahap empat.

Zaibo pada mulanya hanya berasa susah nak makan dan akan tersedak serta muntah apabila menjamu selera, dan kemudian mengambil keputusan untuk buat pemeriksaan lanjut.

Ternyata Zaibo berasa amat terkejut apabila rupanya dia menghidap kanser setelah pemeriksaan dibuat ke atasnya.

Ini komen Zaibo:

“Saya dibertahu ada kanser esofagus dan sudah tahap empat, ia dah merebak ke perut, hati, peparu dan tulang rusuk. Kemudian saya dirujuk ke hospital Sungai Buluh”

“Jujur apabila dapat berita ini, saya sangat down, terkejut. Saya tanya pada diri, kenapa kanser?

“Aku tak sakit, kenapa tahap empat? Saya jadi down, saya disturbed”

“Saya kasihan melihat isteri dan anak-anak saya bersedih kenapa saya.”

“Tetapi hari seterusnya, sampai masa, saya fikir ini giliran saya, ini perjajnjian saya dengan Tuhan, saya mesti bangkit, saya sihat, saya kena kuat, saya kena ada semangat yang kuat”

“Mereka, isteri dan anak-anak akan gembira jika saya ceria. Jadi saya katakan pada diri supaya terus bersemangat melawan penyakit ini”

Zaibo amat sedih dan hanya mengurung diri kerana berasa amat sedih apabila diberitahu dia mempunyai penyakit berkenaan.

Namun menurut Zaibo dia kini perlu bangkit demi insan-insan tersayang yang ada disekelilingnya.

Zaibo mahu terus kuat kerana tidak mahu mereka yang tersayang turut bersedih

Ini videonya:

Untuk pengetahuan, saluran esofagus ialah bahagian salur makanan yang terletak diantara bahagian tekak dan perut.

Nama Sebenar Zaibo ialah Zainal Ariffin Abd Hamid dan kini berumur 62 tahun. Zaibo pernah berlakon dalam sitkom popular Under One Roof dan Spanar Jaya.

Zaibo juga merupakan juri rancangan Raja Lawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here