Yusof Azmi Tampil “Sound” YB Melaka

Aktivis popular tanah air iaitu Yusof Azmi telah tampil memberi satu teguran khas buat wakil rakyat yang juga Exco Melaka, iaitu YB Norhizam Hassan Baktee.

Ini gara-gara satu video yang tular menunjukkan YB Norhizam berselisih faham dengan beberapa penduduk kampung berkenaan penutupan jalan raya.

Video tersebut menajdi viral dan hangat diperkatakan orang ramai yang kurang setuju dengan gaya dan cara YB berkenaan terhadap penduduk kampung yang boleh dilabel sebagai warga emas.

Melalui video yang dimuatnaik oleh Yusof Azmi, beliau meminta YB Norhizam agar perbaiki cara untuk berkomunikasi terutama dengan orang yang lebih berumur.

Ini videonya:

sedikit nasihat kepada Yang Berhormat Norhizam Hassan Baktee,Exco Melaka

Posted by Yusuf Azmi on Tuesday, 9 October 2018

Dari video berkenaan, Yusof Azmi berharap YB berkenaan berubah dari adab ketika bercakap dengan warga tua dan mahu YB lebih beretika. Malah Yusof Azmi juga mahu YB berkenaan harus lebih mengawal keadaan.

Sumber: FB Yusof Azmi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here