“Yang sebenar sendu adalah anda” – Setepek kena dengan Diana Danielle

Pelakon popular tanah air Datin Diana Danielle telah menulis luahan hatinya di dalam insta story miliknya tentang penggunaan perkataan sendu ke atas artis dan juga selebriti.

Isteri kepada Dato Farid Kamil ini berasa tidak selesa dengan individu yang menggelar seorang artis sebagai sendu. Melalui penulisannya, Diana Danielle telah menyatakan istilah perkataan sendu itu dari pandangannya.

Bagi Diana Danielle orang yang sendu itu adalah mereka yag nak jadi bidang terjun, nak jadi pengacara, pelakon, nak menyanyi semata ingin jual produk.

Luahan Diana Danielle ini mendapat perhatian orang ramai dan juga netizen. Rata-rata setuju dengan Diana Danielle.

Ini luahannya:

Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila Dato Seri Vida menggunakan perkataan sendu kepada artis lama yang tidak muncul di kaca TV. Dilihat ramai yang meluahkan rasa tak puas hati termasuk Arash Mohd, Noraniza Idris, Damian Mikhail (Damian VE) dan juga pihak Karyawan.

Melalui sidang media semalam, DS Vida ada meminta maaf jika ada yang terasa beliau guna ayat sendu kepada artis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here