Wanita hilang semua jari kaki kanannya selepas jalani rawatan spa ikan

Seorang wanita menangung akibat yang tak terjangka apabila telah kehilangan semua jari kaki kanannya. Kisah dari wanita bernama Victoria Curthoys yang berumur 29 tahun ini ternyata mengejutkan ramai.

Wanita dari Perth Australia ini mengatakan ianya mula berlaku selepas dia merendamkan kakinya di sebuah spa ikan ketika bercuti di Thailand.

Ini kisah penuh bagaimana ianya boleh berlaku. Victoria Curthoys mula mengalami jangkitan tulang di jari kaki kanannya akibat terkena kaca pada tahun 2006. Selepas menjalani rawatan, doktor memotong bahagian yang terjejas dan dia telahpun pulih sepenuhnya.

Empat tahun kemudian, pada tahun 2010, Victoria Curthoys telah bercuti ke negara Thailand dan kekita bercuti dia ada mencuba spa ikan yang agak terkenal di Asia Tenggara.

Kaki Victoria Curthoys direndam dalam kolam yang mengandungi beratus-ratus ikan Garra rufa, spesies ikan kecil yang berasal dari sungai, kolam, sungai dan tasik di Asia Barat dan Anatolia.

Setelah kakinya dimasukkan ke dalam air, ikan-ikan segera berkumpul dan makan kulit mati di kakinya sehingga licin yang mana ianya sesuatu yang normal. Rawatan dari Spa ikan juga dipercayai membantu mengurangkan penyakit kulit kaki.

Namun begitu, kolam ikan yang dikunjungi Victoria Curthoys telah tercemar dengan penyakit berasal dari air yang kemudian menjangkiti bahagian pembedahannya di kaki kanan. Dia terus menerima jangkitan infection di kaki kanannya.

Apabila Curthoys pulang ke rumah, dia menderita demam berpanjangan. Setelah setahun, satu ujian dibuat, dan ada seorang doktor yang memberi diagnosis dirinya mempunyai penyakit osteomielitis iaitu keadaan serius yang jarang berlaku melibatkan jangkitan tulang.

Akhirnya, dua tahun kemudian, ibu jari kaki kanan Victoria Curthoys terpaksa dipotong. Lebih malang, doktor kemudian memberitahu Victoria Curthoys bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain selain memotong semua jari di kaki kanannya, satu prosedur yang mengambil masa lima tahun untuk diselesaikan.

Ini komen Victoria Curthoys:

“Ketika saya di Thailand saya memutuskan untuk menggunakan spa ikan. Saya tak fikir apa-apa kerana saya tengok pemilik menubuhkan sistem itu dan ia kelihatan sangat bersih, tapi saya salah,”

“Saya akhirnya mendapat satu lagi jangkitan tulang di ibu jari kaki dan doktor mengambil masa selama setahun untuk mengetahui apa yang tak kena dengan keadaan saya.”

“Pada saat mereka menyedari apa sebenarnya berlaku, seluruh tulang jari kaki saya telah dijangkiti dan saya mengalami kesakitan sepanjang masa.”

“Saya boleh katakan bahawa kaki saya tidak pernah sihat seperti sekarang. Sekarang saya boleh meletakkan tekanan pada kaki saya. Saya bagaimanapun sedar ramai yang mengalami kecederaan yang jauh lebih teruk dan penyakit yang mengubah hidup, jadi saya anggap diri saya bertuah.

“Dengan mengambil gambar kaki saya dan menyiarkannya di Instagram saya berharap dapat membina keyakinan diri dan memberi impak positif kepada orang lain yang mungkin tidak gembira dengan keadaan kaki mereka selepas dipotong”

Jari kaki terakhir Victoria Curthoys dipotong pada November tahun lepas. Sejak itu, dia telah berkongsi gambar-gambar kakinya dalam talian untuk memberi kesedaran kepada orang lain mengenai bahaya spa ikan.

Kisah Victoria Curthoys adalah yang terbaru dalam kecederaan disebabkan oleh spa ikan. Rawatan ini kini semakin diragui kerana kebimbangan kesihatan dan malah ada pencinta haiwan yang mempersoalkan kebajikan haiwan.

Sumber: mStar

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here