Gadis ini jika dilihat wajahnya memang boleh dikatakan amat jelita bak patung Barbie. Tapi kalau dilihat secara keseluruhan gadis ini sebenarnya mempunyai badan yang amat sasa.
Malah dikatakan gadis ini pernah menjuarai Kejohanan Powerlifting Dunia AWPC. Nama wanita ini ialah Julia Vins yang baru berusia 21 tahun ini merupakan seorang gadis berbadan sasa yang berasal dari Rusia.
Bercerita tentang memiliki badan yang sasa, pada awalnya, Julia Vins cuma ke gym hanya untuk bersenam seperti biasa dan mahu kekal sihat, tetapi selepas bertemu seorang jurulatih di gym, dia melihat potensinya dalam bina badan dan juga powerlifting.
Kini jurulatih berkenaan telah menjadi kekasih hatinya.
Julia Vins mula aktif dalam powerlifting semasa berumur 15 tahun. Jurulatih yang juga kekasihnya telah melatih Julia Vins untuk menjadi seorang ahli bina badan. Gadis sado ini lebih bersemangat untuk mengambil cabaran, dan mula mendedikasikan hidupnya untuk kecergasan dan membina ototnya. Dia bertekad untuk menjadi lebih daripada sekadar wajah cantik.
Selepas 6 tahun kemudian, Julia Vins yang turut dikenali sebagai Muscle Barbie ini gembira dengan transformasinya. Dia bangga dengan semua hasil kerja keras dan titik peluh yang selama membuahkan hasil.
Kini pada umur 21 tahun, dia lebih yakin dengan dirinya sendiri yang mempunyai mata besar, cantik dan memakai solek. Tetapi pada masa yang sama, dia kuat.
Ini beberapa foto Julia Vins:
Julia Vins pernah memecahkan beberapa rekod di Kongres Powerlifting Dunia. Julia Vins mampu squat 473 lbs, bench press 264 lbs dan angkat berat 418 lbs. Julia Vins merupakan seorang yang amat suka bersaing dan terus meneyrtai dalam pertandingan mengangkat berat.
Pada tahun 2014, dia memenangi tempat pertama dalam Kejohanan Powerlifting Dunia AWPC. Memang hebat.