Wajah anak perempuan Jasmin Hamid dikutuk macam bapok

Pelakon senior Jasmin Hamid meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya menjadi mangsa buli di alam maya. Anak jasmin Hamid itu dikutuk mempunyai wajah seperti seorang pondan.

Jasmin Hamid yang marah dan kesal dengan tindakan melampau itu, telah memuatnaik komen yang ditinggalkan netizen berkenaan.

Melalui caption, Jasmin Hamid menyelar tindakan netizen berkenaan dan memberi peringatan kepada individu berkenaan mengenai perihal aib wanita itu yang masih tertutup. Kata Jasmin, mungkin wanita itu lebih cantik berbanding anak perempuannya namun hati wanita itu lebih busuk.

Ini luahan Jasmin Hamid:

“Kepada para manusia yang berhati hitam, hati-hati bila nak komen kerana segalanya akan dihisab kelak. Sudah pasti saya akan block dan ambil tindakan pada orang-orang seperti ini sebelum ia menjadi wabak dan merebak di laman sosial saya.

“Kesian kepada pemilik account ni kerana penampilannya tak selari dengan akhlaknya, amat keji akhlaknya. Hanya menutup rambutnya tapi terlupa untuk menutup hati dan imannya.

“Mungkin paras rupa kamu jauh lebih cantik dari anak perempuan saya yang macam bapok bak kata kamu tapi hati kamu jauh lebih busuk. Jika Allah buka aib kamu, sudah pasti tidak ada sesiapa yang dekat dengan kamu.

“Jangan pernah merasa sombong dengan kelebihan yang Allah berikan kepada kamu sehingga sanggup menghina orang lain. Terima kasih kerana kamu telah pindahkan pahalamu kepada anak perempuan saya. Kamu tidak tahu asal usul anak perempuan saya. Bila kamu tahu, pastinya kamu akan menyesal seumur hidup kerana telah mencela anak yatim.

Anak perempuan ini bernama Cicik dan merupakan anak angkat Jasmin. Cicik telah dijaga oleh Jasmin sejak berumur 20 tahun kerana kehilangan ibu bapa.

Selain Cicik, Jasmin juga mempunyai seorang lagi anak angkat lelaki iaitu Lukhman.

Jasmin Hamid juga mempunyai seorang anak kandung iaitu Ian Haziq yang kini mula ceburi bidang lakonan.

Anak Jasmin Hamid:
~Cicik (anak angkat)
~Lukhman (anak angkat)
~Ian Haziq (anak kandung)

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here