Videographer Dikecam Edit Terlalu Teruk, Sampai ‘Hancurkan’ Video Perkahwinan

Siap ada lagu Metalicca, itulah antara keluhan dari customer apabila menerima video perkahwinan yang sepatutnya menjadi kenangan buat pasangan baru berkahwin.

Di hari bahagia, hari bernikah dan bersanding, memang pasangan baru berkahwin akan mengupah juru foto atau juru video untuk membuat video kenang-kenangan. Namun kali ini lain pula yang jadinya.

Satu pasanagn pengantin baru bernama Hadi dan Farah telah kecewa apabila menonton video perkahwinan miliknya. Ianya ternyaat terlalu amatur dan boleh dikatakan telah ‘hancur’ akibat di edit oleh seorang videographer yang telah diupahnya.

Video berdurasi 12 minit itu telah dimuatnaik di laman Youtube dan ianya telah menjadi viral setelah menerima kecaman dari banyak pihak yang ternyata terkejut dengan hasil dari videographer tersebut. Ianya benar-benar teruk.

Ini antara komen dari netizen:

“Terus terang saya cakap sy berasa seram takut dan hampir meroyan tengok video ni..mengalahkan tengok cerita munafik..conjuring..dan sewaktu dgnnya..
skill abg ni hebat jg edit2 ni..tp agak melucukan jg la..dr video ni sy rasa abg ni ex bf pgantin pmpuan kot..sbb mcm xsuka pula dgn majlis perkahwinan dorang.. tak baiklah buat org macam tu.. tak berkat duit yg dorg bayar mahal2 kt abg..baik dorg” – @Rukiah

“Sbg seorang freelance video editor untuk short films, saya cuma nak cakap, tolong berhenti sebentar dan belajar balik videography skills anda. Join org yang berpengalaman dan belajar. Tuan perlu banyak belajar lagi. Membuat video perkahwinan ni perlukan teknik dan skills yang betul sb takde retake mcm buat short films. Saya sendiri tak berani ambil job buat video perkahwinan lgi walaupun dah 4 tahun pengalaman melainkan ada videographer lain hubungi saya minta tolong sb mereka sdh ada draft storyboard.. Lagi satu, lain kali buat draft storyboard dan minta pndapat org lain sblum shooting..” -@Ikhmal Zulkifli

“Lagu Metallica yg tak boleh tahan tuu..lagu langsung tak kena..mohon g belajar editing lagi please..kesian pengantin yg upah awk nie…tak berbaloi langsung dgn harga..aku tak faham kenapa dia edit mcm tuu…bertabah laa pengantin..yg lagi aku tak faham kenapa byk video yg blurr..allahu” -@azeerah nadhira

Ini videonya:

In pula antara perkongsian perbualan antara pembuat video dan juga pengantin terbabit. Turut disertakan luahan pengantin perempuan berkenaan. Kesian dia.

Semoga pihak pengantin bersabar ye.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here