(VIDEO+FOTO) Ratu Cantik Filipina Jadi Tumpuan Wajah Seakan Neelofa

Neelofa merupakan selebriti paling popular untuk tahun 2015 dan kini namanya amat besar dalam bidang seni tanah air. Banyak lakonan Neelfoa yang meeltup seperti drama popular Suri Hati Mr Pilot dan juga Red Velvet.

Malah Neelofa juga merupakan pengacara yang disegani ramai menerusi slotnya di rancangan MeleTop, antara rancangan hiburan paling popular di Malaysia.

Namun ada satu kisah yang melibatkan Neelofa secara tak langsung apabila seorang ratu cantik dari Filpina menjadi tumpuan netizen kerana wajahnya yang dikatakan hampir sama, amat persis sekali.

Ratu cantik berkenaan bernama Kylie Verzosa yang dinobatkan sebagai Binibining Pilipinas International 2016 dan juga Miss International 2016. Kylie baru sahaja berumur 24 tahun dengan ketinggian 1.75cm. Memang cantik sangat orangnya. Malah ada juga mengatakan, wajah Kylie merupakan campuran antaar Neelofa, Izara Aishah dan ada juga kata Macam Fazura.

Ada satu video yang menerusi tweet World Health Organization (WHO), mereka berkongsi kempen kesedaran mengenai masalah kemurungan. Namun, yang mendapat perhatian ramai adalah wajah Kylie yang dikatakan mirip campuran wajah Neelofa.

Ini videonya:

Kylie Verzosa (Miss International 2016 dari Filipina) ni macam familiar muka. Iras iras siapa agaknya. Hmm ?

Posted by ROTIKAYA on Monday, 24 September 2018

Ini pula beberapa foto Kylie Verzosa yang dikatakan seakan Neelofa. Cantik sangat.

Kylie Verzosa telah dilahirkan di Baguio City, Filipina. Beliau telah menamatkan sekolah menengah di Saint Louis University, Baguio City dan lulus dari Ateneo de Manila University dengan ijazah sarjana muda dalam Pengurusan Perniagaan. Kylie ini beauty with brain dan pernah bekerja sebagai guru pra-sekolah pada satu masa dulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here