Video Viral: Khairy Jamaluddin Dituduh Sombong, Salam Langsung Tak Pandang Muka Syed Saddiq

Menteri Belia Dan Sukan Malaysia kini dipegang oleh menteri paling muda dalam sejarah Malaysia iaitu YB Syed Saddiq. Lahir pada 6 Disember 1992 dan berumur 25 tahun, Syed Saddiq kini amat popular di kalangan belia dan pemuda pemudi Malaysia.

Ternyata Syed Saddiq sangat sibuk dan busy dengan jawatannya sebagai Menteri Belia Dan Sukan dan boleh dikatakan beliau amat berjaya berjaya ketika ini.

Sebelum ini, jawatan menteri Belia Dan Sukan ini telah disandang oleh YB Khairy Jamaluddin (KJ) sebelum kekalahan Barisan Nasional di PRU14 yang lalu. Dikatakan hubungan kedua Syed Saddiq dan Kj seperti baik-baik sahaja malah berbalas twitter dan IG.

Namun menerusi satu video terbaru, KJ dilihat seperti langsung tak memandang wajah Syed Saddiq ketika bersalam dengan menteri berkenaan ketika berada di lapaangan terbang.

Video berdurasi 15 saat dimuat naik oleh laman FB “Kelab Che Det” menunjukkan Syed Saddiq menegur Kj dan menghulur tangan untuk bersalam tetapi KJ langsung tak pandang dan hanya bersalam sebelum berlalu pergi.

Mereka berdua berada di lapangan terbang untuk menyambut kepulangan atlet para Sukan Asia.

Ini videonya:

Amboi KJ… berlagaknyaaa…salute YB Saddiq

Posted by Kelab Che Det on Sunday, 14 October 2018

Dari caption, fan page Kelab Che det berkenaan mengatakan KJ sebagai seorang yang agak berlagak.

Diruangan komen, pelbagai reaksi diberikan dan rata-rata kagum dengan kematangan Syed Saddiq.

Sumber: FB Fan page Kelab Che Det

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here