Video Viral Kereta Polis Kena ‘Serang’ Ketika Sambutan Krismas.. Ini Komen Ketua Polis Kuala Lumpur

Pada 25 Disember yang lalu, rakyat Malaysia ada yang menyambut Hari Krismas atau Hari Natal. Seeprti biasa, setiap perayaan yang disambut memang ajan menjadi meriah.

Akan tetapi ada satu video menunjukkan perbuatan yang amat tak baik ketika sambutan Hari Krismas. Telah viral di laman media sosial, satu video menunjukkan sebuah kereta polis diserang orang ramai pada malam sambutan Hari Krismas.

Apa sebenarnya yang berlaku? Akhirnya pihak polis telah keluarkan kenyataan rasmi tentang video tersebut.

Video kereta peronda polis diserang sekumpulan individu kononnya berlaku pada sambutan Krismas di ibu negara, yang menajdi viral sebenarny adalah video lama.

Perkara ini telah disahkan pihak polis sendiri menerusi Ketua Polis KL.

Ketua Polis Kuala Lumpur. Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, rakaman kejadian itu berlaku pada 2014 dan disebarkan semula dipercayai untuk mengganggu ketenteraman pada sambutan perayaan berkenaan.

Ini komennya:

“Video itu adalah kes lama yang dikitar semula yang sebenarnya tiada apa-apa berlaku (pada sambutan Krismas),”

Itulah penjelasan dari Ketua Polis KL tentang video berkenaan yang menjadi viral.

Rakaman berdurasi satu minit 42 saat itu yang memaparkan beberapa individu melempar botol air dan menyembur ‘snow spray’ ke arah kereta peronda polis dan setelah dimuatnaik di FB, ianya menjadi viral semula di media sosial.

Diharapkan tiada pihak yang membuat provokasi seperti ini.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here