Video VIRAL budak petah berbicara Bahasa Inggeris.. Ini pendedahan bapanya

Awal tahun 2019, satu video jadi viral yang mana seorang murid perempuan yang menjadi bualan hangat di seluruh negara kerana kepetahannya bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Nama budak petah bercakap itu ialah Hana Aishah Mustafa Kamal, tahun. Hana Aishah yang lancar berbahasa Inggeris sewaktu ditemu bual sebuah saluran televisyen tempatan ternyata menarik perhatian orang ramai.

Bapanya, Mustafa Kamal Mohd Taib berkata dia sebenarnya turut hairan dan pelik dengan kebolehan Aishah yang mula bertutur dalam bahasa itu sejak kecil lagi.

“Dia boleh berbahasa Inggeris sejak umur tiga tahun, masa umur dua tahun masih pelat lagi. Tapi perkataan pertama dia dulu pun dalam bahasa Inggeris.

“Saya pun rasa pelik, dia memang gifted. Aishah ni suka tengok rancangan bahasa Inggeris. Dia belajar sendiri sahaja sampai orang kampung pun panggil dia Aishah London.

“Kalau naik kapal terbang atau jumpa pelancong asing, dia tarik tangan saya nak pergi tegur dan bersembang,”

Bapa kepada Hana Aishah berkata dia tidak mempunyai sebarang tips dalam membesarkan anak-anaknya, apatah lagi mengasah kemahiran mereka dalam bahasa Inggeris.

Namun, dia sebenarnya lebih memberi penekanan terhadap pendidikan agama buat Aishah dan lapan lagi anaknya yang lain sejak mereka kecil.

“Tak ada rahsia apa-apa, cuma jaga solat dan tekankan pendidikan agama. Macam Aishah, dari usia tiga tahun saya dah ajar solat. Saya juga tekankan pada pembelajaran al-Quran untuk dia.

“Dari segi pemakanan pun tak ada apa-apa tip, cuma selera Aishah lain sikit. Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan,”

Malah ayahnya akui, Hana Aishah lebih lancar bercakap Bahasa Inggeris berbanding adik beradiknya yang lain.

Mustafa turut berkata, Hana Aishah juga seorang anak yang mudah diurus dan dia langsung tidak gentar untuk menjejakkan kaki pada hari pertama persekolahan, pada Selasa.

“Dia teruja nak ke sekolah, kejutkan dia untuk bangun pagi pun senang, sekali panggil sahaja dan bangun.

“Soalan pertama dia pada guru kelas adalah mengenai peraturan sekolah, apa boleh buat dan apa yang tak boleh buat di sekolah.

“Dia memang suka tanya soalan yang pelik. Pernah dia tanya saya, kenapa kita solat ada kiblat ke Makkah, tapi tak nampak Makkah pun. Jenuh nak menjawab,”

Bercakap tentang video viral anaknya, Mustafa berkata dia bersyukur dan gembira dengan reaksi orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum terhadap kebolehan Aishah.

“Bapa mana yang tak suka. Saya bersyukur sangat. Semoga ia menjadi contoh kepada anak-anak lain. Penguasaan bahasa Inggeris sangat penting, bila kita kuasai bahasa asing, lebih banyak ilmu kita boleh dapat”

Tambahnya, Aishah juga pernah menyuarakan hasratnya untuk menjadi seorang doktor atau pereka fesyen apabila dewasa kelak.

Berabuk budak cute ni speaking

Pandai cakap omputeh Namanya Hana Aishah sekolah kat kedah

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Thursday, 3 January 2019

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here