(VIDEO) Lelaki ini menyesal, menangis minta maaf kepada Misha Omar

Ini berita terkini tentang isu berita fitnah melibatkan Misha Omar. Penyanyi ini berkata dia tidak ada simpan dendam dan kini amat lega apabila isu berkenaan berjaya diselesaikan dengan cara baik.

Penyanyi berumur 37 tahun ini telah pun bertemu dan berdepan dengan dua orang lelaki yang didapati telah memfitnahnya.

Misha Omar berjaya mencari penyelesaian dan tidak mahu memanjangkan isu berkenaan memandangankan lelaki berkenaan telah meminta maaf dan akui kesilapannya.

Ini komen Misha Omar:

“Alhamdullilah rasa lega sangat apabila isu ini selesai dan saya dapat berjumpa dengan dua individu tersebut.

“Demi Allah saya tiada dendam dengan mereka dan mereka berdua menjadi hero kerana berani dan ikhlas bertemu saya untuk membuat pernohonan maaf,”

Menerusi pertemuan berkenaan, dua lelaki yang bertanggungjawab terhadap penulisan berbentuk fitnah terhadap Misha di laman sosial iaitu Fairuz Azwan dan Zahar Bubu telah tampil hadir membuat permohonan maaf kepada Misha Omar.

Oleh kerana mereka berdua akui kesalahan serta telah meminta maaf kepada Misha, penyanyi ini turut berkata dia akan menarik balik laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kota Damansara minggu lalu dalam masa terdekat.

Imbas kembali kes, pada AJL33, lagu Misha berjudul Sampai Bila telah mendapat tempat ketiga dan Misha juga dipilih sebagai pemenang kategori vokal Terbaik.

Namun secara tiba-tiba, ada tuduhan yang mengatakan Misha Omar menggunakan khidmat bomoh untuk memenangi Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) lalu.

Pada Jumaat lalu, Misha memberi tempoh tujuh hari kepada beberapa individu untuk tampil membuat permohonan maaf tanpa bersyarat kepadanya.

Sementara itu, dua individu yang menulis status tersebut pula mengakui kesilapan diri dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi.

Malah, kejadian itu merupakan pengajaran untuk mereka dan akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here