(VIDEO) Ini respon Ahya Rosli tentang penari di majlis resepsi “Suka hati saya la nak panggil siapa”

Semalam pelakon dan model, Ahya Rosli telahpun selamat melangsungkan satu majlis resepsi perkahwinan yang bertemakan konsep traditional.

Akan tetapi ianya menjadi buah mulut para netizen dan makcik bawang di luar sana.

Apa yang jadi bahan bualan ialah persembahan tarian yang dibuat ketika pengantin sedang makan beradab.

Video persembahan itu dibuat di Instastory kakak kepada Ahya, Liana Rosli.

Liana atau lebih mesra disapa kak KM, telah memuat naik beberapa siri video seorang penari yang menyerupai wanita, berpakaian agak terdedah, lincah menari di depan pengantin dan juga para depan tetamu.

Perkongsian berkenaan telah mengundang kecaman netizen yang mendakwa tarian tersebut tidak sesuai dengan majlis resepsi yang diadakan, apatah lagi majlis terbabit bertemakan konsep traditional Melayu.

Ayha Rosli akhirnya tampil memberi komen tentang hal ini dan selaku pengantin lelaki yang berpendapat, tarian itu sekadar hiburan sahaja buat tetamu yang hadir pada majlis persandingannya semalam, dan tidak perlu diperbesarkan.

Ini komen dari Ahya sendiri:

“Saya tak kisah apa orang nak kata mengenai majlis persandingan saya. Persembahan itu sekadar hiburan sahaja. Suka hati saya la nak panggil siapa buat persembahan. Itu kan majlis perkahwinan saya, yang keluar duit bukan netizen,”

“Bagi saya, mereka yang komen dan kritik tu tak ada kerja, nak ganggu kehidupan orang lain”

Dalam pada itu, Ahya memberitahu kebanyakkan netizen yang komen dan kritikan itu menggunakan akaun palsu dan berkemungkinan mereka antara orang terdekatnya.

“Sebenarnya benda ni agak kelakar juga sebab kalau ikutkan tak ada apa isu pun. Tapi netizen yang nak perbesarkan.

“Kebanyakkan mereka komen tu menggunakan akaun palsu. Mungkinn sebenarnya orang terdekat kita yang dengki, guna akaun palsu untuk komen macam tu,”

Ini videonya:

Majlis persandingan Ahya Rosli.. Fuhh

Sekitar majlis resepsi Ahya Rosli dan ShahirahLayan video dari kakaknya Liana (km_lianarosli)

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Sunday, 7 April 2019

Ahya dan isteri, Shahirah Sanusi disatukan hujung bulan Mac yang lalu. Semoga perkahwinan yang dibina bahagia hendaknya dan berkekalan selamanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here