(VIDEO) Ini punca sebenar lelaki mengamuk yang viral semalam

Semalam kecoh apabila ada video menunjukkan polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah seorang lelaki yang dikatakan mengamuk berdekatan dengan bank.

Rupanya lelaki berkenaan mengamuk kerana tidak berpuas hati apabila gagal mengeluarkan wang daripada sebuah bank.

Malah tindakan ini juga ditambah lagi apabila polis mengatakan lelaki berkenaan di bawah pengaruh d4dah dan telah menyerang anggota polis dalam kejadian yang berlaku di Klang, kira-kira pukul 2 petang.

Tindakan lelaki berasal dari Sabah itu cuba menyerang polis akhirnya membawa padah apabila polis telah melepaskan dua das tembakan yang telah mengenai perut suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati suspek terlebih dahulu telah ke bank tersebut bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, bagaimanapun suspek dikatakan mengamuk selepas gagal mengeluarkan sebarang wang dari mesin ATM itu sebelum beredar.

Ini komen polis:

“Pengawal keselamatan bank memaklumkan kepada anggota polis bahawa suspek akan kembali ke bank pukul 2 petang selain akan mengamuk sekali lagi sekiranya gagal mengeluarkan wang lagi.

“Kira-kira pukul 2 petang pengawal keselamatan telah menghubungi anggota Unit Rodaan Bermotosikal (URB) dan memaklumkan suspek berada di bank”

Anggotanya kemudian menghala semula ke bank berkenaan dan mendapati suspek berada di hadapan bank dalam keadaan marah dan memegang pisau.

Ujar beliau, seorang anggota polis cuba menenangkan suspek namun suspek bertindak agresif mengejar anggota polis berkenaan dan cuba menikam dengan pisau.

“Untuk mempertahankan diri dua anggota yang berada di lokasi kejadian telah melepaskan empat das tembakan dan dua daripadanya mengenai perut suspek. Kita turut merampas sebilah pisau satu peket mengandungi serbuk putih dipercayai d4dah dalam beg pinggang suspek”

Suspek yang cedera itu kemudiannya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan awal turut mendapati wang yang cuba dikeluarkan oleh suspek didapati belum memasuki akaun simpanannya. Semakan rekod mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau dan ketika kejadian suspek dibawah berada di bawah pengaruh d4dah”

Sumber: KOSMO / UTUSAN / HMETRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here