(VIDEO) Anzalna umum kini sedang hamil 4 bulan.. TAHNIAH!!

Setelah tiga tahun melayari bahtera dan mendirikan rumah tangga, akhirnya pelakon cantik jelita iaitu Anzalna Nasir telah mengumumkan satu berita yang amat menggembirakan.

Ini apabila Anzalna telah mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil empat bulan.

Isteri kepada ahli perniagaan bernama Mohamad Hanif Zaki itu telah berkongsi khabar gembira berkenaan di laman sosial Instagramnya pada Rabu.

Ini komen Anzalna tentang kehamilannya:

“Saat yang paling saya nantikan… Allah tahu apa yang terbaik untuk kami dan bila masa yang sesuai untuk kami dikurniakan rezeki ini.

“Pada hari istimewa hari jadi saya, saya berkongsi kepada anda bahawa saya dan suami bakal menimang cahaya mata pertama,”

Diimbas kembali, Anzalna kini berumur 31 tahun telah berkahwin dengan Mohamad Hanif pada 22 Februari 2016.

Sementara itu, Anzalna turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk dia dan suami dikurniakan rezeki zuriat.

“Terima kasih yang mendoakan kami. Benar, jodoh, rezeki, zuriat, ajal dan maut menjadi rahsiannya. Tak perlu dipersoalkan yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal,”

Ini perkongsian penuh Anzalna di laman IG miliknya:

“The moment i’ve been waiting for.. Allah knows what is the best for you and when its best for you to have it. On this special day, on my birthday, I would like to share with all of you that @hanif_zaki and i are expecting our first babySyukur Alhamdulillah.. Terim.. a kasih kepada semua yang selama ni mendoakan Anzalna dan suami untuk menerima zuriat. Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal.
#AnugerahTerindahDalamHidup
#4MonthsPregnant”

Tahniah diucapkan buat Anzalna dan suami.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here