UM Report Polis Graduan Biadap Di Pentas Konvo

Satu video tular apabila memaparkan seorang graduan yang dikenali sebagai Wong Yan Ke memaparkan aksi dia melaungkan “ ini tanah Malaysia” sambil menunjukan Kad dengan perkataan “ Tolak Rasis” dan “Undur VC” selepas menerima ijazahnya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika berlangsungn Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-59 pagi Isnin lalu telah pun mengundang kecaman warga net.

Tidak kira di seluruh media sosial mahupun sesiapa yang kebanyakan telah mengangap bahawa tindakan pelajar daripada bidang Kejuruteraan Awam itu merupakan tindakan yang biadab dan menjatuhkan reputasi universiti.

Protes yang dilakukan oleh Yan Ke itu adalah kerana dia mahu mendesak supaya Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk meletak jawatan disebabkan beliau gagal melindungi hak pelajar serta menyelesaikan krisis kewangan UM dan mendakwa bahawa beliau adalah bahan mainan boneka politik.

Lebih parah lagi, graduan itu sama sekali tidak menghiraukan graduan yang lain yang sedang berjalan di atas pentas bagi menerima skrol masing-masing.

Selepas sahaja turun dari pentas, Yan Ke telah di’boo’ oleh seisi dewan pegunjung yang telah hadir pada majlis konvo tersebut.

Dia turut didengar seperti sedang melaung sesuatu sebagai tanda respons pegunjung di dalam dewan tersebut.

Antara komen graduan lain yang berasa kurang senang dengan tindakan Yan Ke :

“By the way saya rasa terkilan for a few seconds tadi masa kat DTC as I am one of the graduates for that session too. Ni memang tak matured and selfish tahap dewa. Kalau dia mengaku dia Malaysian yang setia at least dia hormat istiadat konvoksyen yang mana as Malaysian kita hormat adat dan fahaman masing-masing,”

“Kita ada medium dan platform untuk menzahirkan tidak setuju terhadap sesuatu. Tapi ini bagi saya memang kurang ajar,”
“Happened during my session tadi. Semua boo dekat dia b**** pekat nak mampus,”

Disebabkan tindakan yang kurang ajar dan tidak sopan itu, pihak UM memberi kenyataan bahawa pihaknya sudah pun mengambil tindakan dengan melaporkan hal tersebut ke pihak polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here