Tunang Terkilan Intan Najuwa Tak Hormat Dirinya

Sebut saja nama pelakon Intan Najuwa yang kini hangat dilanda kontroversi. Terbaru adalah dengan kemunculan gambar-gambar mesra yang dilakonkan dalam drama bersama pelakon lelaki Idris Khan dan juga terbaru Zul Arifin menjadi bualan hangat netizen.

Apa tidaknya, gambar Intan Najuwa dilihat sedang didukung oleh Idris Khan dalam satu drama TV dan yang terkini gambar mesra dia dan pelakon Zul Arifin pula berpelukan di atas kapal.

Jelas pelakon ini lagi, gambar yang dikongsikan dia dalam laman sosial IG itu adalah sebahagian daripada mempromosikan drama mereka berdua yang bakal di tayangkan tidak lama lagi dan tidak lebih daripada itu.

Sehubungan dengan gambar tersebut para netizen juga telah bertindak mengecam dan mempersoalkan tindakan yang dilakukan Intan kerana dia juga sudah selamat bergelar tunangan orang.

Namun, menurut Intan Najuwa tunangnya itu memahami karier lakonannya dan tidak kisah dengan aegan tersebut.

Walaubagaimanapun, status di IG story milik tunangnya iaitu Fazrul Anwar Rulis sejak semalam dilihat sedang meluahkan rasa kecewa terhadap seseorang.

Memeperkuatkan lagi status tersebut telah ditujukan pada tunangnya iaitu Intan Najuwa. Statusnya berbunyi :

“ There will be in time in your life to choose being loved or being respected”
“Always being Choose respected”
“Love without respected always fleeting”
“But the respect could grow into lasting love”

Dia dilihat sedang kecewa dengan kontroversi yang diciptakan oleh tunangnya sendiri yang seakan-akan tidak menghormati dirinya tambahan pula mereka merupakan pasangan yang baru sahaja bertunang.

Semoga pasangan ini dalam keadaan baik-baik sahaja. Diharap mereka berdua dapat menyelesaikan kemelut isu ini dengan hati yang tenang dan berfikiran terbuka.

Hormati pasangan masing-masing jika ingin mendapatkan hidup yang bahagia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here