Tipu Pembelian Tanah, Dato Red Disaman

Dato Red antara didakwa menipu berhubung dengan pembelian tanah. Individu telah memfailkan saman terhadap ADN Properties Sdn Bhd serta dua pengarahnya termasuk Datuk Seri Adnan Abu.

Dikatakan Mohamad Syaimi Amri Marzuki dan Mohd Hisham Junid sebagai plaintif telah memfailkan saman itu pada 13 November lepas di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam mereka, Bhavanash Sharma dari Tetuan Bhavanash Sharma.

Selain daripada Adanan (defendan ketiga), mereka juga menamakan Hasmy Abu Hassan (defendan pertama), Shamshurina Suhaimi (defendan keempat), Sanisah Abdul Sani dan Nor Khairunnisa Mohd Rosni (defendan kelima dan keenam di saman. Salah sebuah firma di bawah Sanisah Khairun & Co).

Menurut rekod, suami penyanyi Adira itu  dan Shamshurina adalah pemegang saham kepada syarikat ADN Properties manakala Hasmy dikatakan adalah pemilik tanah yang dibeli plaintif.

Menurut writ serta penyata tuntutan, kedua-dua plaintif telah menuntut defendan dengan memulangkan harga pembelian RM234,000, ganti rugi untuk kemungkinan kontrak serta pengkayaan tidak patut, ganti rugi penipuan dan ganti rugi kecuaian profesional terhadap firma guaman Sanisah Khairun & Co.

Malah mereka juga menuntut ganti rugi am, teladan serta kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh pihak mahkamah.

Kedua-dua plaintif yang mendakwa telah membeli enam plot tanah di Mukim Hulu Langat daripada ADN Properties yang dikatakan bahawa tanah itu milik mereka.

Kedua-dua individu itu telah mendakwa semua defendan membuat konspirasi penjualan tanah rizab Melayu itu sampaikan mendorong mereka untuk melabur kesemua wang simpanan mereka.

Plaintif mendakwa semua defendan yang melakukan penipuan serta menyebabkan Perjanjian Jual Beli (SPA) bertarikh 18 Januari 2016 dan 12 Januari 2016 dikeluarkan melalui firma yang tidak wujud pada sejak 29 Julai 2015.

Menerusi kenyataan akhbar yang didapati, Bhavanash menyatakan bahawa ia adalah penipuan tanah berskala besar serta dipercayai melibatkan lebih dari 120 pembeli.

Jelasnyan lagi plaintif dalam kes ini turut menandatangani pembelian tanah sekitar Januari 2016, tetapi terkejut apabila mendapati peguam yang seharusnya menguruskan hal itu tidak mempunyai sijil amalan guaman sah.

Ini antara komen yang diberikan:

“Perjanjian disediakan Firma Guaman Iszam Kamal & Hazlan tidak dibenarkan beroperasi sejak Mei 2015.

“Walaupun ‘membeli’ tanah itu, penama tanah masih belum dapat dipindahkan kepada anak guam saya. Malah, ADN Properties sebenarnya bukan pemilik berdaftar atau benefisial tanah itu,”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here