Tindik lidah dan hidung, ini penjelasan Chacha Maembong

Penampilannya yang ranggi siap dengan bertindik di lidah dan hidung, nama pelakon yang jugad adik kepada Emma Maembong iaitu Chacha Maembong jadi perhatian ramai.

Chacha Maembong memang diketahui mempunyai sikap yang agak gila-gila dan selalu dikenali sebagai antara rakan selebriti yang paling relax serta sempoi dalam memberikan kenyataan.

Apabila ditanya tentang isu tindik ini, Chacha Maembong memberitahu, orang akan kecam sama ada dia bising atau sebaliknya.

Malah Chacha berseloroh, dia masih remaja dan bolehlah berbuat sedemikian.

Ini komen Chacha tentang tindiknya:

“Orang tetap akan kecam sama ada kalau saya buat bising atau tidak. Cuma saya tidak mahu jadi hipokrit. Buat apa nak jadi begitu kalau orang boleh terima seadanya.

“This is me, this is who i am. Peminat saya pun ada yang menyokong dan saya okay saja… budak-budak remaja you ols,”

Chacha Maembong berkata sedemikian ketika ditemui di Anugerah Juara Lagu Ke-33 Ahad yang lepas.

Ketika ditanya tentang perkembangan seninya ketika ini, adik kepada pelakon Emma Maembong itu memberitahu, dia baru lepas selesai jalani penggambaran filem Anak Perjanjian Syaitan.

Ini komen Chacha:

“Saya baru sahaja selesai shooting untuk filem Anak Perjanjian Syaitan yang mungkin ditayangkan hujung tahun ini atau awal tahun hadapan,”

Filem berkenaan merupakan arahan pengarah, Ahmad Idham dan dilakonkan oleh Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Jasmin Hamid serta ramai lagi.

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here