“Tikam lagi kak, tikam” – Sebenarnya bukan sekali Ustaz Madi kena tikam, ini babak yang kena potong

Drama bersiri Nur 2 arahan Shahrulezad meamng terus jadi sebuat dan mendapat perhatian dari rakyat Malaysia.

Sejak episod pertama drama NUr 2 ini mula ditayangkan di kaca TV3, ramai yang mula meluah rasa tentang intipati yang ditonjolkan.

Memang banyak mesej yang ingin disampaikan dari drama Nur 2, malah ianya turut membuatkan emosi para penonton terkesan kerana mempunyai pelbagai adegan yang mengejutkan.

Ini terutama melibatkan watak ustaz Hamadi, watak antagonis dalam drama NUr 2 ini.

Sebagai contoh, babak Aisyah menamatkan riwayat suaminya, Ustaz Hamadi ketika suaminya itu ingin buat perbuatan terkutuk kepada Suraya. Pasti ramai yang benar-benar geram dan puas hati dengan tindakan Aisyah.

Menurut pengarahnya, Shahrulezad, dia mendedahkan sebenarnya banyak lagi babak dalam Nur 2 yang patut ditonton akan tetapi banyak babak tidak berjaya dilepaskan untuk tayangan di kaca TV3.

Jelas Shahrulezad, babak yang mempunyai isu keganasan rumah tangga yang berlebihan tidak dapat ditayangkan sepenuhnya kepada penonton. Oleh itu, dia memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang selesa terhadap visual yang disiarkan.

Dari laman IG milik pelakon watak Aisyah iaitu Noorkhiriah, babak dia menikam Hamadi semasa episod terakhir sebenarnya lebih panjang. Kalau di kaca TV3, dia hanya tikam sekali sahaja tetapi sebenarnya dia menikam lelaki tersebut berulang kali.

Ini komen Noorkhiriah:

“Ecah bahagia walaupun disebalik tirai…Maafkan Ecah bang..Org yg Ecah sayang hujung nyawa di tangan Ecah..Ecah dah tak mampu…itu yg korang nak Ecah buatkan..korang penah terpikir?..akak pun tak penah tpikir tp itulah hebatnya idea abam @budakijat..sb itu sabar..Ecah pasti btindak..hambek kaw bunuh tanpa niat terus nak tgk full tikam kena tgk kat iflix…kt tv bahaya..sekali je tikam lepasss… nak tulis caption panjang2 tak mampu lagi…sebak..syg Ecah weh..tima kasih semua yg menonton..sapa yg maki Ecah,Ecah dah maafkan..Ecah happy naw..puas atau tidak dengan akhirnya..itulah akhirnya..atas nama Allah Ecah luv #familynur.. tak tersebut satu2… sayang semua…”

View this post on Instagram

Ecah bahagia walaupun disebalik tirai…Maafkan Ecah bang..Org yg Ecah sayang hujung nyawa di tangan Ecah..Ecah dah tak mampu…itu yg korang nak Ecah buatkan..korang penah terpikir?..akak pun tak penah tpikir tp itulah hebatnya idea abam @budakijat..sb itu sabar..Ecah pasti btindak..hambek kaw bunuh tanpa niat terus nak tgk full tikam kena tgk kat iflix…kt tv bahaya..sekali je tikam lepasss… nak tulis caption panjang2 tak mampu lagi…sebak..syg Ecah weh..tima kasih semua yg menonton..sapa yg maki Ecah,Ecah dah maafkan..Ecah happy naw..puas atau tidak dengan akhirnya..itulah akhirnya..atas nama Allah Ecah luv #familynur.. tak tersebut satu2… sayang semua…Lillahitaala? @budakijat @fazli_radiusone @azhan_rani @aamyrarosli @syafiqkylez @fatimahabukar @jalaludinhassan @therajaatiqullah @azarazmi @eyra.hazali @jijiezainal @imanali71 @rienadiana_ @mathnirazak7 @kunamuzani @sefikkhair @onechinoiz_studios @ucheefukada @hakhisham @dramaradiusone @dramasangat #familynur?

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Selain daripada adegan berkenaan, ada juga beberapa adegan lain yang turut telah dipotong. Ini seperti adegan ketika Aisyah telah ditampar apabila tak mahu mengikut suaminya itu pulang ke rumah.

Walaupun ada babak yang tidak ditunjukkan sepenuhnya, rakan artis dan netizen memuji lakonan yang mereka sampaikan. Ternyata ramai yang suka dengan tindakan watak Aisyah.

Sumber : FB Shahrulezad dan IG Noorkhiriah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here