Tiada Maaf Bagi Keluarga Belah Sana – Syafie Naswip

Sudah pasti ramai yang mengikuti perkembangan tentang apa yang terjadi terhadap pelakon Syafie Naswip dan juga bekas tunangnya Aishah Azman yang mengemparkan industri hiburan tidak lama lalu.

Insiden ini menjadi bualan hangat para warga net dan sekaligus mengemparkan insustri seni tanah air apabila adik kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Aishah Azman telah mendakwa bahawa Syafie Naswip telah memukulnya.

Disebabkan insiden itu, pasangan ini telah memutuskan pertunangan mereka berdua. Berita ini mengejutkan ramai pihak apabila Aishah Azman sendiri telah melaporkan kejadian dipukul oleh bekas tunannya itu kepada pihak polis.

Disebabkan kontroversi tersebut, laman sosial Instagram Syafie telah diserang dan dikecam hebat oleh warga net . Terkini apabila Syafie telah memuat naik Insta Story, menyatakan bahawa dia tidak sama sekali memaafkan pihak yang telah memfitnah dirinya serta warga net yang melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya.

Luahan Syafie Naswip lagi tentang apa yang terjadi :

“Untuk sesiapa yang tanya adakah saya akan maafkan keluarga belah sana dan netizen yang melemparkan perkataan kesat terhadap saya, Jawapannya tidak”.

“Semoga kamu-kamu yang mengeluarkan segala cacian dan fitnah terhadap saya dan keluarga tidak akan aman kehidupannya. Itu janji saya.,

Pelakon ini juga memberitahu bahawa dia tidak akan sesekali memaafkan keluarga Aishah Azman dengan apa yang telah terjadi.

Syafie Naswip juga berjanji bahawa segala cacian dan fitnah yang dilemparkan pada dirinya nescaya kehidupanya tidak akan tenteram dan aman.

Malah turut menyata bahawa dirinya juga tidak memaafkan tindakan netizen yang telah melemparkan fitnah dan kata-kata kesat terhadap dirinya di laman Instagram.

Pada minggu lepas, pihak pendakwa raya telah sebulat membuat keputusan tentang kes dimana Tiada Tindakan Lanjut (TTL) disebabkan tiada keterangan yang cukup dan kukuh bagi membuktikan Syafie bersalah. Syafie kini terbukti tidak bersalah sama sekali dalam kes tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here