“Terlalu melampau… banyak lagi cara untuk jual jenama…” – Fazley Yaacob Kritik Cara Aliff Syukri

Telatah penaja utama konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) Datuk Seri Aliff Syukri mahu memberikan produknya kepada seorang wanita yang dilabelkan ‘ugly’ telah menerima kecaman dan kemarahan dari netizen.

Malah seorang penyanyi yang juga usahawan dan chef selebriti iaitu Datuk Fazley Yaakob tampil memebri respon tentang hal ini. Fazley memuat naik tegurannya untuk Aliff menerusi laman Instagramnya.

Katanya banyak lagi cara pemasaran yang boleh dilakukan Aliff tanpa perlu menggunakan perkataan keterlaluan yang berbaur perkauman terhadap warna kulit seseorang.

Datuk Fazley turut menegur tindakan Aliff meletakkan bedak asas dengan menggunakan tangan pada wajah individu tersebut ketika program itu bersiaran secara langsung.

“Maaf… Terlalu melampau jika sekadar untuk pemasaran. Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan berbaur perkauman terhadap warna kulit seseorang.

“Melabelkan wajah seseorang sebagai kurang sempurna, apatah lagi meletakkan bedak asas dengan tangan untuk ‘mencantikkan’ seseorang di sebuah program yang begitu ramai pengikutnya”

Pengasas produk D’Herbs itu yang diberi kesempatan oleh produksi untuk mempromosikan produk pemutihnya dengan mencari penonton berwajah ‘hodoh’ telah menimbulkan kemarahan netizen.

Kata Fazley, penonton yang turut sama ketawa melihat aksi Aliff itu sebagai memalukan. Dia juga memohon Aliff Syukri agar membuat permohonan maaf kerana perkara itu melibatkan maruah dan rezeki.

“Memalukan juga buat penonton yang turut sama ketawa lucu melihatnya. Haih… Apa nak jadi orang-orang kita ya?

“Selaku seorang yang berpengaruh, mohon fikir semula bahawa ramai anak-anak yang menonton, ramai mak ayah yang menonton, ramai manusia yang akan ingat sampai bila-bila.

“Cara pemasaran harus bijak, bukan jumud dan melulu! Kaya tak menjamin adab, kaya juga tak menjamin kebijaksanaan.

“Seeloknya permohonan maaf harus diusahakan, sebelum bara menjadi api besar yang terus menelan maruah dan membakar punca rezeki ‘downliners’ yang turut terkena tempiasnya!”

Bagaimanapun, sebenarnya, Datuk Seri Aliff sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here