TERKINI: Pengasas DNARS Skincare, meninggal dunia kemalangan pagi tadi

Hari ini satu berita amat duka cita didengari. Ini apabila pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40 tahun, meninggal dunia.

Faziani terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailanddan disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42 tahun, cedera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Berita kematian Faziani disahkan adiknya, Faizol Rohban Ahmad ketika dihubungi pihak media.

Faizol memaklumkan, kakaknya turun dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pagi tadi bersama suaminya.

Ini komen daiknya:

“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia,”

Sementara itu melalui FB, ada juga berita ini dikongsikan.

Ini perkongsiannya:

Innalillahiwainalillahirojiun

Founder kosmetik terkenal kelate DNARS meninggal dunia dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Dikatakan, jenazah Faziani kini dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.

Sama-sama kita panjatkan doa dan sedekahkan Al Fatihah.

Sumber: Sinar / Town Sand Gaming FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here