TERKINI: Ahli Bomba Adib Disahkan Semakin Tenat.. Sama-sama Kita Doakan

Masih ingat tentang kejadian ahli bomba yang menjadi mangsa ketika rusuhan di kuil temph hari. Adib telah dikejarkan ke hospital setelah dikatakan dibelasah ketika berada di tempat rusuhan ketika ingn memadamkan kebakaran.

Namun, ketika ingin ke tempat kebakaran, Adib telah ditarik keluar dari lori bomba dan terus dipukul sehingga tak sedarkan diri.

Dalam perkembangan terkini, pihak IJN telah membuat kenyataan tentang keadaan Adib.

Keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Institut Jantung Negara (IJN), dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini Muhammad Adib berkata selepas membuat penilaian menyeluruh, paru-paru Adib telah didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu. Ini sekaligus mebuatkan pertukaran gas tidak berkesan.

“Ini adalah akibat daripada kecederaan awal yang teruk pada paru-parunya. Pada masa sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan di mana beliau terus memerlukan sokongan dialisis,” jelas kenyataan tersebut.

Berikutan perkembangan itu,dan selepas perbincangan pasukan pelbagai disiplin, IJN berkata keputusan dicapai untuk memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam tadi untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

“Muhammad Adib sedang tenat. Berikutan keadaan Muhammad Adib itu, kunjungan ke atasnya dihadkan. Kami menggesa semua rakyat Malaysia terus berdoa agar Muhammad Adib segera sembuh,” menurut kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau berharap kesihatan Muhammad Adib kembali stabil dengan penggunaan sistem Veno-Venous ECMO, iaitu mesin yang boleh membantu tiga organ penting iaitu jantung, paru-paru dan buah pinggang sekali gus.

Ini komennya:

“Kita harapkan dengan pasukan terbaik, iaitu kumpulan pakar yang berada di sisi beliau akan memberikan segala yang terbaik. Mesin ECMO itu merupakan paling terbaik untuk menangani kedudukan kritikal beliau ketika ini.

“Bukan ada sebab atau punca apa dia semakin kritikal tapi kita tahu bahawa trauma yang beliau alami adalah sangat serius namun kita semua mendoakan beliau dapat keluar daripada keadaan kritikal ini segera kepada stabil,”

Sama-sama kita doakan agar Adib kembali pulh dan sihat.

Sumber – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here