Tauke Akui Malu Berdepan Dengan Orang Ramai, Nak Bersara Dari Dunia Seni

Tauke Raja Lawak akui sejak isu rumah tangga nya menjadi viral, dia kini agak malu untuk berdepan dengan orang ramai dan khalayak umum.

Selain dari itu, tauke yang kini berumur 42 tahun berkata, dia juga tidak dapat memberi tumpuan kepada kerjaya apatah lagi kini sedang sibuk bertanding dalam pentas Maharaja Lawak Mega (MLM).

Melalui satu kenyataan di sebuah portal berita tanah air, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri bin Zakaria ada berhasrat mahu berhenti menjadi selebriti dan hanya mahu menjadi insan biasa sahaja.

Ini kenyatan dari Tauke Raja Lawak:

“Saya berhajat mahu bersara dari dunia seni, biarlah menjadi orang biasa-biasa saja.

“Senang ‘lu kecam gua, gua kecam lu.’ Rumahtangga pun semakin retak,”

Kata Tauke lagi, pada ketika ini dia amat sibuk di pentas MLM (Maharaja Lawak Mega) dan Tauke berkata dia akan membuat keputusan sama ada mahu berhenti atau teruskan dalam bidang seni selepas habis nya program berkenaan.

Kisah tauke dan isterinya Nadia mula menjadi perhatian umum setelah isterinya mengatakan tauke sudah menceraikannya dan mereka tidak lagi bersama sejak tahun baru ini.

Namun begitu Tauke telah menafikannya dan berkata isterinya sedang dalam keadaan marah.

Tauke juga ada mendedahkan keadaan isteri nya sering menjadi “lain macam” seperti kena sampuk setiap kali dia menyertai pertandingan besar.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here