“Tarik telinga sampai berdarah? Kenapa buat anak org sampai macam tu? Awak ustazah kot!” – Abby Abadi

Abby Abadi telah berkongsi cerita tentang satu kes yang mana dikatakan ada seorang warden telah naik angin dan dilihat memarahi seorang pelajar sehingga menangis dibuatnya.

Dari pendedahan Abby Abadi, pelajar berkenaan juga cedera sdekit apabila telinga berdarah kerana ditarik oleh warden berkenaan.

Ini cerita dari Abby Abady tentang kejadian berkenaan:

Semalam punya cerita. Hari ni baru sempat nak cerita

Ambil @marissadaniaaaaa_ balik cuti, tp sblm tu jumpa dulu Ustazah yg jaga di asramanya. Alhamdullillah yg baik2 saja tentang si cantik lawa manis Mama ni. Hafazannya baik, akademiknya baik. Perangaipun baik hehe.. semoga kekal kebaikkan tu sampai besar ye adik ye

Ada satu cerita menarik, lepas balik dari ambil Dania. (terpaksa rombak sikit jln cerita bg menutup aib).

Kami tak balik terus, sementara suami gi solat jumaat, kami singgah makan. Jumpalah seorang hamba ALLAH ini. Dan berceritalah dia. Katanya anak saudara dia duduk asrama juga (tahfiz). Baru2 ni anak saudara dia dijeritkan sewaktu mandi oleh ustazah warden, bergegar pintu bilik air di ketuk ustazah warden tu sbb katanya ustazah tu tak puashati kenapa anak saudaranya tak solat jemaah. Walhal anak saudaranya dah bgtau, dia istihadah. Kalau duduk asrama, siapa istihadah buleh solat sendiri (tau tak istihadah ni apa? Period lebih 15hari). Ustazah warden tu sungguh2 tak percaya + x puashati agaknya sampai tarik rambut anak saudara dia, tarik telinga sampai berdarah. Menangis teresak2 budak tu & dipujuk oleh kawan2nya yg ketakutan tengok ustazah warden yg mcm naik antu tu

Isunya disini, budak tu dah bgtau dia istihadah, kenapa perlu buat anak org sampai macam tu? Tarik rambut? Tarik telinga sampai berdarah? Awak ustazah kot! Budak tu dlm proses belajar nk jadi ORANG, kenapa ustazah warden tu mcm kaklong kawasan perangainya? Kan bayar mahal yuran sekolah tu? Kenapa berani sgt sampai mcm tu? Kalaulah budak tu ada penyakit, tiba2 ustazah tu kasar2 dgn dia, mati budak tu mcmana? Tak pasal2 je kena tangkap nanti. Beringat sikit.

Dipendekkan cerita, sy dimaklumkan mlm tadi mak pak budak tu dah cal sendiri ustazah tu & tanya kenapa dan kenapa.. buleh ustazah tu jawab.. dia difitnah… Aduhai Ustazah warden, ramai budak2 lain kat situ. Masa awk gegar pintu bilik air tu pun dlm bilik air tupun bkn budak tu sorg. Fitnah apanya? Buat berani, ngaku jelah. Bgtahu je Sy gangster kg pisangkan senang?

So kawan2 yg ada disini, nk tanya pendapat.. perlu didiamkan saja hal ni (konon utk tutup aib ustazah warden tu) atau panjangkan pada pengurusan?

Sumber: Ig Abby Abadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here