Tampil bertudung, ramai ingat Jasmine Suraya beragama Islam, rupanya tidak..

Semalam gambar pelakon Jasmine Suraya Chin memakai tudung telah dimuat naik di laman Instagramnya. Ianya terus mendapat perhatian dari para followernya.

Di ruangan caption di gambar tersebut, Jasmine Suraya 29 tahun, berkesempatan memberi ucapan sempena menyambut bulan Ramadan buat peminat nya yang beragama Islam dan kini berpuasa.

Malah, pelakon filem aksi Paskal itu juga memberitahu dia kadang-kadang berasa selesa mengenakan hijab tanpa perlu berasa bimbang dengan keadaan rambutnya.

Ini tulis Jasmine Suraya:

“Hello semua! Jasmine nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan. Hari kedua (Selasa) berpuasa, harap ia berjalan dengan baik untuk semua orang.

“Maaf kerana lambat memberi ucapan. Foto ini diambil masa kat Kelantan dua minggu lalu lepas shooting.

“Bagaimanapun saya rasa suka pakai tudung, tak perlu risau nak flip rambut saya bila dah flat, siapa macam ni?”

Rata-rata pengikut Jasmine di laman sosial mengatakan dia kelihatan cantik apabila bertudung.

Ini antara komen netizen:

“Wow… Tak pernah lihat awak macam ni @jasmine_suraya cantik… Serius membunuh hati lelaki.

“Awak nampak semula jadi cantik berhijab dengan pakai baju kurung.

“Tak tahu nak cakap apa, lawa sangat bila pakai tudung.”Cantik sangat bila bertudung nampak ayu jelita,”

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang mendoakan agar Jasmine mendapat hidayah dan terus istiqamah memakai tudung apatah lagi memeluk agama Islam.

Sebelum ini, Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Me pernah dikecam gara-gara berpakaian terdedah kerana ada netizen beranggapan dia beragama Islam. Tetapi untuk pengetahuan, dia bukan beragama Islam.

Pelakon yang berasal dari Kuching, Sarawak ini sebenarnya beragama Kristian dan dia tidak pernah terasa hati apabila dikecam kerana sedia maklum ramai tidak mengetahui latar belakangnya.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here