TAKZIAH Anak Sulung Bekas Peserta Maharaja Lawak, Chot XOXO Meninggal Dunia

bekas peserta Maharaja Lawak Mega iaitu pelawak dan penyampai radio, Chot (XOXO), telah berkongsi satu berita sedih dan duka tentang pemergian anak sulungnya, Muhd Sher Harraz, yang disahkan telah meninggal dunia pada pukul 8.40 pagi tadi (Isnin).

Ini tulisnya:

“Dukacita nak maklum anakanda kami Muhd Sher Harraz telah meninggal dunia jam 8.40 pagi. Akan dikebumikan di Felcra Ramuan Cina, Lubok Cina, Melaka sebelum/selepas Asar. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Harraz, ternyata ALLAH SWT lebih sayang kepadanya”

Pada Sabtu hari lalu,menerusi laman social Instagram (IG), Chot yang sering menyertai beberapa rancangan bakat komedi telah memuat naik posting mengenai keadaan anaknya itu yang semakin lemah. Ternyata perkongsian dari Chot telah mengundang sebak para pengikutnya.

Menurut Chot, Harraz yang mengalami masalah injap jantung terbalik mula menunjukkan respon positif ketika berada di wad Hospital Besar Melaka empat hari lalu.

Ini perkongsiannya sebelum ini:

“Alhamdulillah, Harraz senyum hari ni…Oksigen dia dah stabil, dah ada tanda bernafas sendiri cuma dibantu sikit dengan oksigen daripada machine. Segala jarum di badan sudah dicabut yang tinggal hanya ubat untuk jantung saja. Allahuakhbar…Berkat doa keluarga, sahabat dan kalian Harraz sedikit demi sedikit tunjuk respon positif.

“Saya dan isteri hanya mampu sampai kan doa buat semua yang concern dengan keadaan Sher Harraz. Semoga segala urusan kita bersama dipermudahkan,” tulisnya di IG pada Jumaat.

Bagaimanapun, Allah lebih menyayangi Sher Harraz dan jenazah anak syurga itu akan dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Felcra Ramuan Cina, Lubok Cina Melaka. Berita sedih ini turut mengundang sebak di kalangan rakan-rakan pelawak lain yang mengucapkan takziah menerusi laman IG masing-masing.

Semoga Chot dan isteri tabah menghadapi ujian ini. Takziah diucapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here