“Tak tahu apa punca hati tidak tenang..” -Uqasha Senrose asyik menangis di Mekah kerana dosa lalu

Pelakon yang baru sahaja pulang dari Kota Mekah bersama adik beradiknya dan keluarganya iaitu Uqasha Senrose telah meluahkan rasa syukur perjalanannya ke sana berjalan dengan lancar.

Uqasha Senrose amat bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan ketika mengerjakan ibadah Umrah.

Telah berkongsikan cerita, Uqasha Senrose telah memberitahu sepanjang berada di kota Mekah itu, dia memang sering menangis akibat terkenangkan dosa-dosa lampau yang dilakukannya.

Ini komennya:

“Sebelum ini saya pernah terduduk dan hilang arah kerana kesilapan lalu serta runsing tanpa sebab. Ia soal hubungan keluarga, kerjaya dan kehidupan seharian. Ada ketikanya tidak tahu apa punca yang membuatkan hati tidak tenang.

“Perasaan berkecamuk itu hilang sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Bagaikan satu keajaiban berlaku, semuanya berubah. Satu kegembiraan yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata kerana ia terlalu indah”

Kini Uqasha akui tak mahu lagi terbabit dengan kontroversi hangat seperti yang melanda dirinya sebelum ini.

Uqasha Senrose memberitahu dia mahu buka kisah hidup baru dan menjalani hidup dengan lebih tenang selepas ini. Dalam pada itu, Uqasha turut meminta maaf diatas kesilapannya terdahulu.

Ini jelasnya lagi:

“Cukup-cukuplah kontroversi dan kisah panas yang boleh menenggelamkan kerjaya seni. Saya mahu menguatkan hati untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang mungkin boleh merosakkan diri.

“Apa yang sudah berlaku bukanlah sesuatu yang patut disesali kerana ia banyak pengajaran. Kata orang, sebaik-baik ilmu itu adalah pengalaman. Saya minta maaf kerana pernah menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat. Ketika itu saya belum matang dan mudah bertindak tanpa memikirkan dahulu apa akibatnya,”

Semoga urusan Uqasha Senrose dan adik beradik sentiasa di permudahkan.

Sumber: Utusan

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here