‘Tak Perlu DSLR Untuk Gambar Gantik Membazir Upah Photographer’

Tular dilaman sosial berkenaan dengan seorang wanita yang telah berkongsi tips jimat dengan gambar cantik hanya menggunakan telefon bimbit ketika malis pertunangan tanpa menggunakan khidmat jurugambar profesional ternyata mengundang kecaman.

Wanita yang dikenali sebagai Intan Masmira Syamira berkata:

“Tak perlu DSLR nak tangkap gambar secantik ini. Upah photographer RM200/300. Membazir. Snap gambar pakai phone je then edit cantik dahlah dia. Cukup 20 retweet aku share cara dia”.

Disebakan wanita itu telah memuat naik empat keping foto yang diambil dengan kamera telefon bimbit model Iphone X itu telah menyebabkan segelintir jurugambar terasa direndah-rendahkan.

Komen dari jurugambar professional yang terasa dengan apa yang dikatakan oleh Intan:

“Kalau camera handphone awak boleh buat macam ni saya berhenti jadi photographer,”

“Dari pandangan saya sebagai jurugambar… gambar ini biasa-biasa aja. Tak cantik pun. Over exposed. Di muka ada highlight. White balance out. Depth of field pun ke laut. Kalau adik tidak pernah mempelajari apa itu fotografi adik jangan condemn peralatan fotografi sebenar,”

Disebabkan dia telah dihentam oleh dengan jurugambar professional itu , Intan Syamira kemudian telah tampil memohon maaf  terhadap individu yang terasa dengan statusnya itu.

Komen dari Intan Syamira lagi tentang kata-kata yang dikeluarkan olehnya:

“Boleh berjimat. Maaf ye photographer sekalian, bagi ayat ‘minta kaki’. Yes memang DSLR lebih power itu kan camera. Phone just camera sampingan memang tak boleh lawan DSLRlah”.

“Siapa nak gambar wedding dia guna phone je memang tak logic kan. Bukan niat nak downgrade sesiapa niat just nak share edit. Tak tahu pula ramai yang marah dan acah-acah marah”.

“I just nak mengatakan tunang je, kalau shoot sendiri guna phone dah oleh jimatkan kos. So I nak minta maaf kepada sesiapa yang salah faham dengan tweet I ni. OK lah thank you yang faham, yang positif TQSM,”

Disebabkan berita yang tular itu telah membuatkan tunang kepada Syamira, yang dikenali sebagai Ahmad Zulsyafiq telah tampil meminta maaf atas ketelanjuran kata mereka berdua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here