“Tak payah nak bash orang kulit putih semata mata nak angkat mereka yang kulit hitam manis” -Sarimah

Semaaln seorang peserta berkulit hitam manis telah dinobatkan sebagai juara sebuah program pencarian bakat popular iaitu Dewi Remaja. Ini sekaligus menepis persepsi yang tipikal bahawa kecantikan itu hanya dimiliki oleh mereka yang mempunyai kulit wajah putih gebu sahaja.

Akan tetapi, secara tiba-tiba ada yang terlajak ekstrim dan mula ada sesetengah pihak mengecam dan mengutuk mereka yang berkulit putih. Ada pula yang kutuk seperti kulit putih tak semestinya cantik dan bijak dan sebagainya.

Isu ini lantas mendapat perhatian selebriti popualr tanah air iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim.

Sarimah yang merupakan kacukan Irish-Melayu ini meluahkan rasa kesal terhadap mereka yang melemparkan pelbagai kata-kata tidak enak kepada mereka yang berkulit putih.

Ini komennya:

“Bashing fair skinned women wont lift dark skinned women and vice versa. The comments i keep reading about how “kulit tanned lebih cantik dari kulit putih anyway” is prejudiced. No different from vice versa. #justsaying #dewiremaja

“Tak payahlah nak Bash orang yang kulit putih or cerah semata mata nak mengangkat mereka yang kulit hitam manis. Why the need to bash either? Celebrate all skin beauty. Sedih bila baca komen yesterday tv show competition seperti “ala kulit putih pun bukannya cantik,pucat etc”

Ternyata komen Sarimah ini dipersetujui ramai termasuk Tizz Zaqyah.

Diimbas kembali, gadis berusia 18 tahun, Haneesya Hanee berjaya meraih gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 disiarkan secara eksklusif pada malam semalam di Astro Ria.

Tampil berani serta penuh keyakinan, Hanee berjaya memikat hati ramai dan sekaligus menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri.

Tahniah buat Haneesya Hanee yang sebelum ini telahpun bergelar pelakon dan model.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here