Tak Malu Anak Tak Score Semua A Dalam UPSR

Sudah menjadi lumrah apabila menjadi ibu dan bapa kepada anak sudah pasti mereka akan mengharapkan keputusan terbaik yang akan menjadi kebangaan mereka apabila anak masing-masing menduduki peperiksaan besar khususnya.

Tetapi bagi pelakon Sharifah Shahirah menurutnya dia lebih terbuka dengan apa juga keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh anaknya Airra Zulkifli.

Jelas Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera, dia tidak merasakan anak-anak wajib mencapai keputusan semua A untuk kedua ibu bapa mereka serta menayangkan keputusan anak mereka di laman sosial.

Tampa segan dan berasa malu, Shiera turut berkongsi keputusan Airra yang memperoleh 2 A, 1 B, 2 C dan 1 D di laman sosialnya Instagramnya semalam.  Ini adalah komen berkenaan keputusan anaknya itu:

Tak salahkan kalau takde 6A tapi letak kat IG? Sebab kang ramai tanya, haaa senang. Tahniah yang dapat 6A, ibu penat berdoa, nangis.

Kami pun penat nangis, ikut mak slow learner. Tak paham-paham bila cikgu cakap. Thank you teacher SK Taman Melawati.

Jadi, ini cara saya. Bagi saya, tidak ada apa yang perlu dirahsiakan. Malah, tidak salah pun kalau kita berkongsi meskipun keputusan ini tidak cemerlang seperti anak artis lain.

Sebagai ibu, saya tetap bangga dengan anak. Saya tak marahkan dia. Saya positif dengan keputusan ini. Saya tahu dia sudah berusaha dan ini adalah hasil serta rezeki yang diberikan

Dia juga turut mendedahkan bahawa anak perempuannya itu seorang yang lambat menerima pelajaran atau slow-learner. Pelakon ini juga sempat berterima kasih kepada guru-guru yang bertungkus-lumus mengajar anaknya tanpa rasa penat dan jemu.

Menurutnya lagi  tiada apa yang perlu disorokan walaupun keputusan diteruma bukan bagus seperti anak orang lain. Sebagai ibu kepada anaknya itu dia tetap berbangga dengan si anak malahan anak juga akan kekal positif dengan pencapaian yang diperolehi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here