Tak Boleh Terbang Harini

Kecoh di media sosial tentang pengumuman yang dibuat Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berhubung dengan kenyataan berkenaan sesi pandu uji kereta terbang pertama Malaysia yang dikatakan akan terbang pada hari ini bersamaan 21 November 2019.

Pengumuman yang mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia sendiri yang semuanya tidak sabar untuk melihat kecanggihan kereta terbang tersebut.

Tetapi tidak kurang juga mereka yang mempertikaikan kemapuan kereta tersebut untuk terbang kerana dikatakan roda kereta tersebut tidak ubah seperti roda troli.

Berita terkini yang diterima, sesi pandu uji kereta terbang atau Dron model UAS E-Hang 216 (EH216) yang akan berlangsung pada hari ini dikatakan tidak boleh dilakukan kerana tidak mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Memetik laporan dalam kenyataan CAAM memberitahu ujian tersebut tidak dapat dilakukan kerana lokasi yang dijadualkan di UNIKL MIAT Hangar Subang adalah kurang 200 meter dari laluan trafik pesawat dan helikopter komersial.

Jelasnya lagi, bahawa lokasi tersebut berada di dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang dimana ianya dikawal ketat oleh Pusat Kawalan Trafik Udara.

Ini komen yang diberikan oleh pihak CAAM lagi:

Di samping itu, EH216 hanya mengeluarkan Permit Penerbangan Khas (SFP) oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China yang terhad kepada menjalankan penerbangan penyelidikan dan pembangunan di Grand World Science Park, Guangzhou.

CAAM juga ingin menyatakan bahawa kami terbuka untuk mempertimbangkan permintaan untuk penerbangan ujian EH216 di lokasi yang sesuai.

Menurut sumber, CAAM memberitahu ujian penerbangan itu tidak dapat dilakukan kerana lokasi yang dijadualkan di UNIKL MIAT Hangar Subang adalah kurang 200 meter dari laluan trafik pesawat dan helikopter komersial.

Tambahnya lagi, lokasi tersebut berada di dalam lingkungan Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang dimana ianya sememangnya dikawal ketat oleh Pusat Kawalan Trafik Udara.

Aduhhh! Melepas nak tengok kereta pertama Malayasia terbang harini tak jadi pula.. Sedih rasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here