Tajul Kongsi Pengalaman Teman Isteri Bersalin

Tajul yang merupakan penyanyi dan juga adik kepada arwah penyanyi Acik Spin telah selamat bergelar seorang bapa kepada bayi perempuan semalam.

Isterinya iaitu Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Kajang pada pukul 11.56 malam sabtu semalam.

Dia yang meluahkan rasa syukur ke hadrat ilahi dengan kehadiran anak perempuan sulungnya yang diberi nama Adriana Carissa.

Bapa muda kepada seorang bayi perempuan ini menceritakan detik dia menimang cahaya mata:

“Alhamdulillah, isteri saya dah pun selamat bersalin secara normal pukul 11.56 malam tadi. Saya mendapat bayi perempuan bernama Adriana Carissa.

“Perasaan saya bercampur baur… gembira pun ya, sedih pun ada.

“Dalam pukul 6 petang semalam dia ada beritahu yang perut dia dah rasa tak sedap dan mula rasa sakit. Saya terus bawa dia ke hospital dan dia ditahan di sana,”

“Ya, saya memenuhi permintaan isteri dan ada bersama dia dalam bilik bersalin.

“Masa tengok dia sakit, banyak darah… seram macam nak pengsan juga. Tapi pengalaman itu yang buat saya lebih menghargai isteri.

“Tak lupa, terima kasih banyak kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami,”

Tajul juga berkongsi pengalamannya yang hampir pengsan kerana melihat banyak darah semasa proses bersalin.

Tetapi dia telah memberanikan diri bagi menemani dan melihat sendiri proses bersalin secara normal sebagai menunaikan janji terhadap isteri tersayang.

Sebagai rekod, Tajul ada mendedahkan bahawa dirinya telah pun bernikah dengan isterinya iaitu Nurul Shamieza pada 10 Disember 2017 lepas pada bulan Oktober lepas.

Menurut penyanyi ini lagi tujuan dia merahsiakan pernikahannya adalah kerana tidak mahu mencampur adukan urusan kerjaya seni dengan urusan peribadi. Tahniah diucapkan buat Tajul dan isteri yang kini sudah bergelar ibu dan ayah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here