TAHNIAH! Wawa Selamat Timang Anak Ketiga

Jika sebelum ini Wawa Zainal dan suaminya Aeril Zafrel telah mengumumkan nama anak ketiganya iaitu Aya Soffya bersempena Masjid Biru yang dilawati di Turki baru-baru ini.

Hari ini, pasangan seleberiti dan juga usahawan berjaya telah memberitahu bahawa anak perempuan mereka telah selamat dilahirkan.

Menurut suaminya, aktres tersebut telah selamat melahirkan bayi perempuan kedua mereka di Pusat Perubatan Andorra Wanita dan Kanak-kanak, Shah Alam pada Ahad, hari ini.

Aeril Zafriel telah meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anak perempuan itu dan turut berterima kasih kepada semua peminat dan rakan-rakan yang mendoakan proses bersalin seleberiti itu berjalan dengan baik.

Ini adalah komen yang diberikan oleh suami Wawa Zainal:

“Alhamdulillah, terima kasih semua atas doanya,”

“Muka dia sebiji macam Wawa Zainal,”

Suami kepada Wawa Zainal iaitu Aeril telah mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman sosial Instagram miliknya pada petang Ahad tadi.

Dia turut memberitahu bahawa wajah bayi perempuan barunya juga sebiji macam Wawa Zainal yang comel.

Ternyata kehadiran anak baru ketiga mereka itu sudah pasti menjadi amat bermakna bagi keluarga Aeril dan Wawa kerana mereka telah menanti selama hampir empat tahun menantikan zuriat baru.

Mereka berdua telah mengumumkan bahawa akan menimang cahaya mata ketiga sekitar bulan April yang lalu.

Pasangan ini telah bernikah pada 2013 serta turut dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Wah semestinya Attar dan Hayla seronok sebab dapat adik baru! Semestinya Wawa dan Hayla lagi seronok kerana Aya Soffya juga perempuan boleh lah melaram dengan pelbagai fesyen dan juga makeup.

Maklumlah Wawa Zainal kan usahawan kosmetik yang sudah bergelar jutawan muda. Tahniah diucapkan pada pasangan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here