Syed Saddiq Setuju Tayang Wajah Perokok Dalam Stadium Di Skrin Besar

Menteri Belia Dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memberi respn dan bersetuju di atas cadangan yang diutarakan agar mereka yang merokok di dalam stadium dipaparkan wajah mereka di skrin besar.

Cadangan itu disampaikan oleh salah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai “Encik Iswan” melalui pada entri terbaru Stadium Malaysia yang memuat naik gambar seseorang yang sedang merokok di dalam Stadium Bukit Jalil walaupun sudah dinyatakan di skrin besar bahawa di dalam stadium adalah zon larangan merokok.

Ini tulis pengguna bernama Encin Iswan itu:

“Kepada Menteri @KBSMalaysia, Tuan @SyedSaddiq Dicadangkan supaya ditunjukkan muka perokok tegar kat skrin gergasi. Buat sekali pengumuman amaran direct kepada perokok tegar yang degil nauzubillah tu. Stadium adalah zon bebas rokok.”

Ini pula respon balas dari Syed Saddiq yang merupakan Menteri Belia dan Sukan:

“Saya setuju. Akan usahakan untuk perlawanan yang akan datang. Tolong hormati hak orang lain untuk tidak mati awal kerana 2nd hand smoke”

Isu ini menjadi viral selepas perlawanan antara Malaysia dan Thailand dalam kempen AFF Suzuki 2018 yang berlangsung pada hari Sabtu yang lepas.

Seorang lelaki telah menegur seorang penonton yang lain kerana merokok di dalam stadium tetapi perokok berkenaan tidak menghiraukannya.

netizen bertindak mengecam tindakan sombong dan penting diri sendiri lelaki berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here