Sweeet.. Erra Fazira Sambut Hari Lahir Shahir AF, Ini Ucapan Erra

Penyanyi dan pelakon popular Erra Fazira dilihat telah menyambut hari kelahiran jejaka yang sering dikaitkan dengan dirinya iaitu Shahir Zawawi atau Shahir AF.

Erra Fazira secara terbuka telah membuat ucapan kepada Shahir di laman media sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Pelakon filem Sembilu ini mendoakan agar Shahir sentiasa sihat dan akan menjadi lebih matang selari dengan usianya yang sudah pun mencecah umur 30 tahun pada 5 September yang lalu.

Malah Erra Fazira sempat mengucapkan terima kasih kepada Shahir kerana sudi menjadi temannya yang amat baik.

Ini tulis Erra fazira:

“Happy birthday chor!!! Moga panjang usia.. dan diberi kesihatan yg baik dengan penambahan usia moga bertambah lah kematangan mu.. ku doakan dikau kurus size S dan sado macam yang di impikan!! Go Go Go chor!! U can do it!!

“Terima kasih kerana menjadi teman yang prihatin dan baik buat ku serta seluruh teman2.. Berjaya dan bahagia zahir, batin, dunia dan akhirat hendaknya.. amiiin!

Ini beberapa foto:

Erra fazira dan Shahir sudah lama dikaitkan bersama sehingga ada desas desus mengatakan kedua-dua bakal berkahwin tak lama lagi. Namun mereka berdua jarang memberi kenyataan dan komen tentang hal ini.

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka berdua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here