Suspek bunuh kes pemandu Grab sempat buat live di Facebook

Sejak semalam, tersebar gambar suspek kes pembunuhan pemandu Grab, Mohammad Hanafiee Jaafar yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu. Kes ini disahkan menjadi kes bunuh apabila mangsa ditemui sudah meninggal dunia di kawasan semak.

Akhirnya dua suspek yang merupakan penumpang terakhir ditahan dan telah membuat pengauan menyamun dan membunuh mangsa.

Hasil carian netizen, mereka berjaya menemui Facebook suspek warga Filipina yang menggunakan nama di FB sebagai BabyNash Indanan.

Semakan di Facebooknya, suspek terbabit berasal dari Zamboanga City, Filipina, sempat memuat naik gambar kekasihnya pada jam 5.48 pagi, 24 Mei 2019, hari yang sama Mohammad Hanafiee Jaafar dilaporkan hilang.

BabyNash Indanan juga membuat video live di Facebook yang menunjukkan dia bersantai sambil menyanyikan beberapa lagu popular.

Boleh tonton video berkenaan di sini: KLIK SINI

Susulan gambar suspek warga asing tersebut yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemandu Grab, tersebar pula gambar suspek kedua.

Lapor Harian Metro, ibu bapa mangsa telah mengesahkan bahawa mayat yang ditemui itu adalah mayat anak mereka berdasarkan fizikal dan pakaian yang dipakai oleh mangsa.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammmah berkata, bertindak di atas maklumat hasil kerjasama dengan pihak Grab, polis telah mengesan dan menahan dua lelaki terbabit di kawasan parkir 1 Borneo di Kota Kinabalu pada jam 9.50 malam tadi.

Hasil siasatan mendapati, kedua-dua suspek telah mengaku membunuh mangsa sebelum membuang myatnya ke kawasan semak. Suspek terdahulu menggunakan khidmat mangsa yang menjemput mereka dari Kingfisher ke Tuaran.

Kedua-dua suspek yang berusia 20 tahun dan tidak bekerja (menganggur) dan salah seorang mereka merupakan warga asing iaitu Filipina.

Kejadian ini mengejutkan rakyat Malaysia dan rata-raat bersimpati dengan nasib yang diterima oleh pemandu Grab berkenaan.

Boleh tonton video berkenaan di sini: KLIK SINI

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here