Sultan-Sultan Berkumpul Di Istana Negara, Buat Satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja

Sultan dan Raja-raja telah mula berkumpul di Istana Negara hari ini dikatakan untuk menghadiri satu mesyuarat khas Majlis Raja-raja.

Ini adalah untuk membincangkan soal pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baru setelah Sultan Muhammad V mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa serta merta, semalam.

Antara kenderaan rasmi Raja yang dilihat memasuki Istana Negara adalah kenderaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama kenderaan pengiring serta polis.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan semalam berkata, peletakan jawatan baginda itu selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Kelihatan sama ialah kenderaan yang membawa Sultan Terengganu tiba di Istana Negara berikutan Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Perletakan Jawatan Agong.

Berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ketua Negara baru perlu dipilih untuk mengetuai negara.

Mengikut amalan, Yang di-Pertuan Agong akan dipilih berdasarkan satu sistem penggiliran setiap lima tahun mengikut negeri.

Menurut senarai, giliran seterusnya adalah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Namun begitu, takhta baginda kini sedang dipangku oleh anaknya Tengku Abdullah.

Jika Majlis Raja-raja tidak boleh memilih Sultan Ahmad Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu, giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah Sultan Ibrahim Iskandar.

Bagaimanapun, Seksyen 1 Bahagian I Jadual Ketiga Perlembagaan menyebut syarat seseorang Raja akan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah dewasa, tidak menolak untuk dipilih selain tidak ditolak Majlis Raja-raja.

Sebagai rakyat kita tunggu sahaja keputusan Sultan bermesyuarat untuk melantik yang Di Pertuan Agong yang baru nanti.

Sumber: BH

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here