Sukar bernafas, penyanyi legenda Datuk Awie dikejarkan ke hospital

Penyanyi legenda dari kumpulan Wings dan juga pelakon tersohor iaitu Datuk Awie kini sedang dirawat di hospital.

Awie telah dikejarkan ke Hospital Ampang Puteri setelah penyanyi berkenaan mengadu sukar untuk bernafas.

Ketika dihubungi oleh wartawan dari Astro AWANI, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, nada suaranya kedengaran sukar untuk berkata-kata.

Ini komen Awie: ( Awani )

“Saya pun tak tau saya sakit apa. Tapi susah nak bernafas la.

“Sebelum ni dah tiga hari saya duduk kat rumah, ni dah empat hari di hospital, kiranya seminggu la sakit ni,”

Awie berkata sedemikian dengan nada yang sedikit lemah.

Pada hari Isnin yang lalu, Datuk Awie menerusi instagramnya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya di Pesta Pulau Pinang.

Tambahnya, beliau memerlukan rehat pada ketika ini.

Ini pengumuman dari Awie:

Semoga Awie kembali sihat sepenuhnya dan kembali beraksi di atas pentas selepas ini. Para peminat semua marilah kita doakan kesihatan Awie agar kembali pulih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here