Suhaimi Saad Beri ‘Pesanan’ Balas Kepada Kumpulan InTeam

Kumpulan InTeam dilihat telah memberi nasihat kepada Suhaimi Saad ekoran beberapa kenyataan dari Suhaimi yang mencetuskan kontroversi.

Salah seorang ahli kumpulan In-Team iaitu Mohd Syahril Abdul Khalid meminta Suhaimi Saad untuk membuka hatinya dan menerima pendapat orang lain.

Katanya, In-team sangat berharap rakan mereka itu dapat memperbaiki fahamannya dan bersikap terbuka kepada pandangan masyarakat.

Sungguhpun Suhaimi Saad sudah berstatus bekas ahli, kumpulan Inteam akui isu yang menjadi hangat itu sebenarnya serba sedikit turut melibatkan nama mereka.

Ahli Inteam juga dalam nada tegas tidak bersetuju dengan fahaman Suhaimi Saad sejak akhir-akhir ini.

Ini komennya:

“Kalau kita buka hati, pasti boleh terima pendapat orang,”

“Kalau tetap mahu bertegas dengan cara kita juga, sebaiknya simpan untuk diri sendiri saja dan tidak perlu menghebahkan kepada umum.

“Lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak dan isteri. Paling kami risau ialah nasib anaknya jika dia tiada nanti,”

“Nampaknya perkara ini sudah pun disuarakan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

“Dia (Suhaimi) sudah pun respon tapi nampaknya masih bertegas dengan pendirian sendiri,”

“Sebab itulah kami ambil pendekatan untuk mendiamkan diri saja dan kalau nak berdebat pun, tiada apa yang perlu diperdebatkan pun,”

Syah akui masih ada berhubung dengan Suhaimi, cuma secara peribadi dia berharap ada pihak luar yang bersuara.

Tentang namanya yang ‘direhatkan’ dari satu konsert, Syah berkata lagi itu adalah keputusan pihak penganjur.

Ini komennya lagi:

“Cuma apabila banyak kecaman dan dia mendatangkan keburukan kepada penganjur dan penganjur pula ambil keputusan untuk merehatkan dia, jadi kena terimalah.

“Tapi untuk konsert kami sendiri, buat masa ini tiada keperluan untuk dia bersama melainkan ada permintaan,”

INI RESON BALAS SUHAIMI SAAD

Melihat komen ini, Suhaimi Saad telah memuatnaik gambar muka depan artikel berkenaan di laman FB bernama MOSUS miliknya dan memberi pesanan kepada kumpulan Inteam.

Ini resopn balas Suhaimi Saad:

“Yang ni ss tak nak komen panjang.
Satu je pesanan ss.
Ini urusan peribadi!”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here