Sudahlah Dengan Iklan ‘Jadi Putih’, ‘Makan Jamu’, ‘Besar Itu Ini’.. – Dr Amalina

Dr Amalina Bakri nama yang amat dikenali ramai sebagai antara pelajar pintar dari Malaysia dan kini gadis ini dikenali sebagai salah seorang doktor yang hebat.

Amalina juga begitu mengambil berat tentang soal kesihatan orang ramai terutamanya jika ada kena mengena dengan produk terlarang.

Baru-baru ini, beliau dilhat tak setuju dengan iklan-iklan produk yang kini banyak dikeluarkan untuk menarik perhatian masyarakat. Namun, sebenarnya semua produk yang dijual adalah membahayakan kesihatan setiap yang membeli dan memakai.

Status itu telah dimuat naik di laman Twitter miliknya dan telah meraih 15k retweets ketika artikel ini ditulis.

Ini komennya di laman Twitter:

“Sudah-sudahlah dengan iklan – jom jadi putih, jom besarkan payudara, jom rapatkan vagina, jom makan jamu…kalau tak suami lari….

“It’s very demeaning to women and patronising, and ladies you let them do that to you? When do you want to wake up from your daydream?

“Do you realise that you’re being manipulated?People are making money off you because you’re too gullible and you don’t know the consequences? You don’t want to be perceived as someone who is weak don’t you? With women empowerment & all that, yet you still let them manipulate you.

“Even when a man insulted a woman on national tv and insulted her skin colour and appearance, some people in the audience laughed and some people are still supporting him. Well done guys, that really showed your true colours.

“Tak payahlah nak makan jamu2 yang anda sendiri tak tahu kandungannya, konon2 herba, tapi banyak jamu yang mengandungi benda yang bukan2 yang tidak terbukti kesahihannya. Pergilah jumpa doktor kalau ada masalah kesihatan. Tak payah nak guna tagline nanti suami lari..

“Orang putih tak makan jamu, suami diorang tak lari pun.

Itulah komen dari Dr Amalina Bakri tentang isu ini.

1 COMMENT

  1. Kebanyakkan org2 melayu malas nak exercise. Malas nak bergerak. Bila dah gemuk segala mcm pil telan. Bantai la janji kurus. Segala mcm corset nak pakai. Infra red corset lah dan ntah apa2 lg.

    Cuba lah beriadah. Exercise dan banyakkan aktiviti luar ataupun exercise dlm rumah setiap hari atau 3x seminggu sekurangnya 15min setiap sesi. Bukan telan pil je

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here