“Suami tak bising.. sedia dikecam” Adira jawab isu pegang tangan lelaki lain dalam video

Penyanyi popular Adira Suhaimi kini tampil dengan lagu aru berjudul Pujaan Hati. Namun muzik videonya menajdi buah mulut orang ramai yang sudah menontonnya.

Penyanyi putih melepak ini memberitahu bahawa dia sudah pun terlebih dulu memberitahu kepada suaminya, Datuk Red tentang babak bersentuhan dengan model lelaki dalam muzik video terbaharunya, Pujaan Hati.

Kata Adira, suaminya tak kisah dan dia tidak meletakkan sebarang syarat untuk penggambaran muzik video itu dan babak bersentuhan itu demi menjayakan jalan cerita.

Ini komen Adira:

“Sebelum penggambaran muzik video ini saya sudah maklumkan kepada suami dan dia tak bising.

“Saya tidak kisah sekiranya babak bersentuhan dengan model lelak dalam muzik video Pujaan Hati ini dikecam netizen. Saya sudah bersedia!

“Ini bukan mencari publisiti murahan tetapi saya hanya mengikut kehendak skrip. Itu antara saya dan Tuhan.

“Sebelum shooting pun saya sedia maklum akan babak itu jadi saya tidak letakkan sebarang syarat. Babak itu untuk menampakkan jalan cerita lagi real,”

Adira yang ditemui pada majlis pelancaran muzik video Pujaan Hati di Red Box The Garden semalam turut teruja apabila single terbarunya itu menjadi hit dikalangan peminat terutama pengikut drama TV3 Pujaan Hati Kanda.

“Syukur apabila single Pujaan Hati dipilih menjadi runut bunyi drama bersiri Pujaan Hati Kanda di slot Akasia TV3 dan lagu ini disukai ramai.

“Saya harap Pujaan Hati ini menjadi comeback berjaya buat tahun ini,”

Muzik video rasmi ini mula dikeluarkan di laman You Tube pada 15 januari yang lalu.

Terdahulu, lirik video untuk lagu Pujaan Hati ini telah mendapat sambutan dengan hampir sejuta views di laman YouTube sejak mula dilancarkan pada 17 Disember lalu.

Sumber: Astro gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here