Suami kepada pengasas Dnars, tampil ceritakan apa yang berlaku sebelum kemalangan

Pemergian Allahyarham Faziani Rohban, yang merupakan pengasas kepada produk kosmetik Dnars Skincare benar-benar mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Faziani disahkan meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan kereta di Pattani , Thailand semasa dalam perjalanan untuk memberi sumbangan zakat kepada anak-anak tahfiz di sana.

Menerusi temu bual Sinar Harian, suami kepada allahyarham, Ahmad Shah Rizal Ibrahim tampil menceritakan apa yang berlaku.

Kata Ahmad Shah, dia dan isteri sememangnya berada dalam keadaan penat sewaktu bergerak meninggalkan kediaman di Tumpat untuk ke Pattani.

Bagaimanapun, disebabkan janji yang telah dibuat Allahyarham Faziani, dia bersetuju untuk menemani isterinya dan mengambil keputusan memandu sendiri kerana pemandu mereka ada hal keluarga.

Katanya, dia berasa mengantuk semasa memandu dan sempat terlelap di lampu isyarat. Disebabkan rasa mengantuk yang tidak dapat ditahan, beliau bercadang untuk singgah ke RnR sebentar.

Namun, ketika dalam perjalanan ke RnR, Ahmad Shah seakan terlelap dalam sesaat dua dan dikejutkan oleh arwwah. Tanpa disangka tiba-tiba dia sudah pun melanggar belakang sebuah lori.

Ini katanya:

“Sebelum kejadian, saya tertidur di lampu isyarat, dia (Faziani) tidur di sebelah saya. Saya beritahu Allahyarham saya nak berhenti di stesen minyak depan itu untuk tidur atau basuh muka sekejap sebelum meneruskan perjalanan.

“Lepas itu, saya tidak sedar dan dalam masa dua saat sahaja dia kejut saya, kemalangan berlaku,”

Ahmad Shah turut menambah, kebiasaannya kereta tersebut dipandu oleh pemandunya, namun pada hari tersebut dia telah mengambil keputusan memandu sendiri memandangkan isteri pemandunya bersalin.

Ahmad Shah berkata, menjadi rutin kepada mereka berdua untuk ke tahfiz tersebut cuma kali ini beliau memandu sendiri demi memenuhi permintaan isteri yang tidak mahu melanggar janji yang telah dibuat dengan pihak tersebut.

Ketika ditanya tentang petanda awal yang ditunjukkan arwah, Ahmad Shah berkata, arwah tidak menunjukkan tanda-tanda awal meninggalkan mereka dan bersikap seperti biasa sahaja.

“Cuma saya masih ingat, semasa menunaikan umrah baru-baru ini, arwah ada tanya saya, cuba you (awak) bayangkan selepas ini datang umrah seorang diri. Itu sahaja yang saya rasa pelik”

Lebih 300 penduduk termasuk sanak-saudara Allahyarham hadir pada majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar dekat Wakaf Baharu itu.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here