Suami Kelar Isteri Kerana Tak Nak Urut Badan

Sering kali kita mendengar kes keganasan rumah tangga dimana suami khususnya mendera dan mencederakan isteri mereka tanpa memikirkan kesan yang akan terjadi.

Terkini, apabila satu kejadian yang yang berlaku di Pekan Baru, Indonesia dimana seorang suami telah tergamak bertindak mengelar leher isterinya sendri.

Dikatakan bahawa isteri kepada lelaki yang dikenali sebagai Radiusman itu telah marah apabila permintaan supaya mengurut badanya tidak dituruti oleh isterinya.

Lelaki itu berang dengan tindakan isterinya telah bertindak mengambil sabit dan mengelar leher mangsa.

Menurut polis, insiden tersebut berlaku di rumah pasangan suami isteri itu di Mentangor, Tenayan Raya semalam.

Dilaporkan juga bahawa polis telah menahan suspek lelaki berumur 37 tahun yang bernama Radiusman.

Komen pihak polis lagi berkenaan kes tersebut lagi :

“Suspek datang ke balai dan menyerah diri. Suspek mengaku mencederakan isterinya kerana berang dengan layanan dingin mangsaā€¯.

“Malah suspek juga mengaku dia dan isterinya kerap bertengkar dan mengesyaki wanita terbabit menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain,”

Pihak polis berangapan bahawa tindakan yang dilakukan oleh suami mangsa adalah berpunca daripada sikap cemburu buta.

Malah, suspek turut menuduh mangsa ada menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Wanita malang yang hanya mahu dikenali sebagai Lusi Handayani telah pun dikejarkan ke Hospital Bhayangkara untuk rawatan perubatan yang selanjutnya.

Menurut laporan perubatan Lusi, iaitu isteri kepada suspek telah cedera dan  luka di kepala serta lengan tetapi bernasib baik apabila  kecederaan yang dialaminya  tidak mengancam keselamatan nyawanya.

Lusi kini dilaporkan masih lagi menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan. Tidak dapat dipastikan samaada keadaan Lusi Handayani kini stabil mahupun tidak. Suami mangsa juga telahpun di tahan oleh pihak polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here