Suami hak kita, jangan bagi perempuan lain pegang.. Jangan bagi suami dukung perempuan lain

Ini satu peringatan dari Abby Abadi buat pasangan yang sudah berumah tangga. Pelakon dan penyanyi ini telah memberi nasihat bahawa pasangan suami isteri haruslah menjaga batasan pergaulan dengan orang lain.

Tambahnya, walaupun hanya untuk berlakon, babak seperti pegang tangan dan dukung dikatakan hanya akan ‘mengundang’ perkara yang tidak elok selain disukai oleh syaitan.

Kata Abby Abadi lagi, perkara ni sebenarnya merupakan maksiat yang besar.

Ini peringatan penuh dari Abby Abadi yang ditulis di laman IG miliknya:

Suami kita @jaiezzany

SUAMI kita
Hak exclusif kita
Itu mahalnya bila dah sah
Segalanya HALAL
Jangan bagi perempuan lain pegang suami kita
Jangan bagi suami peluk perempuan lain
Jangan bagi suami dukung perempuan lain
Jangan bagi perempuan lain
Pakaikan baju, makeup suami kita
Jangan jangan jangan
Itu ‘mengundang namanya

Walaupun sekadar lakonan
Atau sewaktu persembahan nyanyian
Atau waktu bekerja
Dipejabat outstation dan sebagainya
Syaiton tetap sukaaaaaa
Nampak mcm2 takde pape
Tapi sebenarnya sebesar2 maksiat
Yg buat ALLAH murka
Beringat sentiasa

pS: Itu jelah nk bagitau petang2 ni

Diruangan komen, mampaknya para follower Abby Abadi dilihat turut bersetuju dengan nasihat berkenaan.

Ada netizen yang mengatakan penjagaan batasan ketiak bergaul antara lelaki dan wanita yang tiada ikatakan amat penting.

Follower juga suka cara Abby Abadi berdakwah dengan cara yang amat jelas dan straight to the point.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here